web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Bereksperimen Dengan PH, Anwar Tak Serikkah Diperdaya Tun M? - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 9:26AM

Ahmad Zahid berkata, PH adalah pemangkin kepada sebahagian besar ketidakstabilan politik yang berlaku di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan agar tidak lagi bereksperimen dengan Pakatan Harapan (PH), seperti yang pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), lebih empat tahun lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan berkenaan adalah pemangkin kepada sebahagian besar ketidakstabilan politik yang berlaku di Malaysia.

Menurut beliau, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melanggar janji untuk menaikkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“(Dr) Mahathirlah yang mencetuskan huru-hara politik dengan meletak jawatan secara tiba-tiba.

“Sudah pasti (Dr) Mahathir tidaklah naif sangat dengan meletak jawatan. Tindakan ini sengaja dibuat bagi memastikan Anwar diperdaya untuk sekian kalinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tegas mantan Timbalan Perdana Menteri itu, UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akhirnya bertindak sebagai penyelamat dan penstabil politik negara apabila PH berada dalam keadaan huru-hara.

“Parti-parti lain juga bertindak sedemikian. Namun kali ini, Dr Mahathir berhasrat untuk bekerjasama dengan Anwar sekali lagi.

“Adakah Anwar dan PKR terlalu lemah hingga boleh cuba diperdayakan sekali lagi oleh Dr Mahathir? (Dr) Mahathir seolah-olah cuba mengekang Anwar sekali lagi di sebalik janji manis untuk bekerjasama,” katanya.

Zahid mendakwa, Dr Mahathir tidak mahu mengakhiri kerjaya politik secara memalukan jika GTA tewas teruk pada PRU ke-15.

“(Dr) Mahathir tidak mahu mengakhiri hayat politik dengan tiada satu pun kerusi dimenangi GTA.

“Yang ini PH seolah-olah tidak sedar. Sebaliknya, PKR konon meletakkan Giant Killer mereka untuk bertanding di Bagan Datuk. Saya amat mengalu-alukan pertandingan politik secara sihat. Insya Allah saya hadapi dengan tenang,” katanya, memberi jaminan.

Beliau bagaimanapun mempersoal, siapa pula Super Giant Killer yang ingin dicalonkan PKR untuk menentang Dr Mahathir di Langkawi.

“Takkan letak bekas ahli PKR melawan Atuk di Langkawi? Sepatutnya PKR dan PH meletakkan calon terbaik mereka di Langkawi.

“Jangan sekadar berani acah-acah sahaja bertanding di Bagan Datuk tetapi kecut hendak letak calon terbaik mereka di Langkawi.

“Atau PKR dan PH masih sayangkan lagi Dr Mahathir dan mahu Dr Mahathir jadi calon Perdana Menteri sekali lagi dan sanggup menyerahkan kerusi kepada GTA,” katanya, sinis. - Getaran, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka