web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keahlian Zuraida Digantung, Nasib Ditentukan Selepas PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Oct 2022 10:47AM

Larry Sng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keahlian Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) digantung, bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Datuk Larry Sng Wei Shien dalam satu hantaran di Facebook malam tadi mendakwa, beliau masih Presiden parti yang sah.

Menurut beliau, tindakan tersebut dibuat berpandukan kepada Perlembagaan parti Fasal 60 (iii) kerana mereka didapati menggugat kepentingan parti dan barisan kepimpinan mereka.

“Saya mengutuk sekerasnya tindakan demikian yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinan, selain menimbulkan banyak kekeliruan kepada ahli parti dan orang ramai,” katanya.

Dua belas individu lain yang turut digantung ialah Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat, Dr Daroyah Alwi, Dr Sathiskumar Govindaraju, Haniza Mohamad Taha, Rahimah Majid, Muhammad Saiful Bahari Sahari.

Na’im Brundage, Zakaria Abdul Rahim, Abdul Aziz Abdul Kadir, Albakri Salim dan Muniraa Abu Bakar.

Larry berkata, kesemua individu berkenaan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, PBM akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan di Sarikei, Sarawak esok bagi membincangkan perkara tersebut.

“Perkara ini amat mendesak, dan perlu dibincang serta diselesaikan pada kadar segera.

“Untuk perkara ini, ia akan dilaksanakan mengikut Fasal 21 (ii) perlembagaan bagi membolehkan mesyuarat diadakan kurang dari tujuh hari,” katanya.

Kesemua individu yang digantung itu bagaimanapun jelas Larry, tidak akan dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

2

Politik 1 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

3

Politik 1 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'