web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:46PM

Keputusan itu dibuat kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap Presiden PBM, Larry Sng yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM, Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selayang mengesahkan bahawa jawatankuasa bahagiannya dibubarkan berkuat kuasa pada 15 Januari lalu. 

Ketua PBM Selayang, JC Jess Choy Pooi Yee berkata, pembubaran jawatankuasa berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) itu, dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat khas pimpinan PBM di kawasan berkenaan. 

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap Presiden PBM, Larry Sng yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM, Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti.

“Sng ingkar dengan keputusan Persidangan Agung Tahunan PBM pada 1 Oktober 2022 yang meluluskan usul secara sebulat suara, agar proses peralihan kuasa presiden parti diberikan kepada Zuraida.

“Beliau juga menyalahgunakan kuasa untuk memecat 13 pimpinan kanan parti, termasuk Zuraida tanpa rundingan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PBM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun, Pooi Yee berkata, pihaknya hanya melakukan peletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tidak keluar parti. 

“Ahli Jawatankuasa PBM Bahagian Selayang akan kekal sebagai ahli biasa dalam parti tersebut untuk terus menyokong enam teras agenda parti,” katanya. 

Terdahulu, PBM Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri serta lapan bahagian yang berdaftar dengan ROS.

Lapan bahagian PBM negeri dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Ketua Penerangan PBM Pahang, Mohd Faizal Helmi memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan sebulat suara pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan, 14 Januari lalu. 

Ujarnya, pembubaran itu sudah dimaklumkan menerusi surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi, Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung Parti. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tun Mahathir Tidak Bertanding Dalam PRN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad