web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 11:26AM

Zuraida Kamaruddin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengakhiran tahun 2022 menjadi ‘episod hitam’ bagi Datuk Zuraida Kamaruddin selepas dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), sekali gus buat pertama kalinya, menyaksikan beliau memasuki tahun baharu tanpa parti politik.

Selepas menyertai PKR sebagai antara ahli terawal pada 1999, Zuraida dinaikkan pangkat dalam parti berkenaan, sehingga dilantik menjadi Naib Presiden pada 2018 dan berkhidmat sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Menerusi PKR juga, beliau membuat penampilan sulung pada Pilihan Raya Umum (PRU) apabila bertanding dan memenangi kawasan Parlimen Ampang selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 2008.

Bagaimanapun, politik ‘berpuak’ menyebabkan beliau dan beberapa pemimpin lain yang sehaluan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meninggalkan parti reformis itu pada Februari 2020, sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk membentuk kerajaan baharu ketika itu dan menyaksikan Zuraida dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Namun, pada tahun ini, perjalanan politik beliau mulai ‘merosot’.

Pada 9 Mei lalu, selepas bertelagah dengan pucuk pimpinan, beliau menerima surat tunjuk sebab daripada BERSATU kerana menyertai beberapa aktiviti PBM, dengan kesetiaannya dipertikaikan.

Beliau kemudian mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada BERSATU dengan parti itu menyingkirkannya daripada MPT.

Keputusannya bertukar parti, bagaimanapun tidak berbaloi apabila beliau tewas di kubu kuatnya di Ampang, termasuk hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ketika kemelut pergaduhannya masih berterusan dengan Presiden PBM, Larry Sng.

Takdir Zuraida bersama PBM berakhir dengan kesedihan apabila beliau yang pada peringkat awal, diberikan jawatan kanan dan dinamakan sebagai presiden pengganti, disingkirkan daripada parti itu.

Dengan tahun 2023 hanya berbaki beberapa hari, The Vibes meramalkan hala tuju seterusnya Zuraida, ketika beliau ingin ‘menghidupkan’ semula karier politik.

Kemungkinan Besar

Dengan sejumlah penyokong dimiliki dalam PBM yang sebahagian besar terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaannya, Penggerak Komuniti Negara, Zuraida boleh mengharapkan individu ini untuk menyokong kerjayanya.

Bergantung pada penyokongnya, dua senario berkemungkinan boleh memihak kepada Zuraida, iaitu pertama memujuk mereka menyertainya dan menubuhkan parti baharu, seperti mana beliau mempengaruhi kumpulan tertentu untuk pembentukan PBM.

Ini juga akan membolehkan Zuraida memegang jawatan presiden seperti yang disandangnya dalam parti terdahulu, selain memberi beliau kuasa besar menetapkan hala tuju politik mengikut kemahuannya.

Kemungkinan lain adalah Zuraida mungkin akan terus menjadi ahli aktif Muafakat Nasional (MN) pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang disertainya sejak dua minggu lalu, sebagai usaha untuk menyertai semula politik arus perdana.

Walaupun MN kekal sebagai NGO pada masa ini, terdapat kemungkinan besar ia mungkin menjenamakan semula kedudukannya sebagai parti politik, terutama jika mampu menarik puluhan ribu penyokong Zuraida yang kini bersama PBM.

Pilihan ini amat menarik bagi Zuraida yang kemudian akan dapat memainkan peranan utama bersama Annuar, iaitu mantan pemimpin veteran UMNO dalam arena politik.

Kemungkinan

Zuraida juga berpotensi menyertai parti politik lain yang tidak pernah dia sertai untuk memulihkan kerjayanya.

Walaupun beberapa parti sedia ada, termasuk Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Gerakan nampaknya menjadi pilihan sekiranya beliau mahu memilih kaedah itu.

Parti pimpinan Datuk Dominic Lau Hoe Chai itu diketahui bersekutu rapat dengan Mohamed Azmin dan Zuraida ketika berada dalam PKR, malah ketika PKR berdepan krisis dalaman, beliau pernah berkata akan mengalu-alukan kedua-dua pemimpin itu jika mereka memutuskan mahu menyertai Gerakan.

Alternatif lain mungkin dipertimbangkan Zuraida adalah menyertai semula PBM.

Ini boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu sama ada memfailkan rayuan atau meminta penyokongnya yang masih ada di dalam parti itu, mendesak usul tidak percaya terhadap Sng dan mengembalikan keahliannya.

Sama ada ini berbaloi, berbanding menubuhkan parti baharu atau bergabung dengan parti sedia ada, ia masih menjadi persoalan.

Kemungkinan Kecil

Melainkan ada perubahan besar dalam kalangan mantan partinya, PKR dan BERSATU, sudah pasti Zuraida tidak akan menyertai semula parti itu walaupun dia menyatakan hasrat sedemikian.

Ini terutamanya apabila melihat cara beliau meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

PKR dan BERSATU juga, pastinya tidak akan menerimanya, ekoran kecenderungan beliau melompat parti.

Zuraida juga mungkin boleh melihat ia adalah ‘sudah sampai masa untuk beliau berhenti daripada politik’, dengan mengikut nasihat Sng yang mengatakan pemimpin wanita itu harus mempertimbangkan untuk bersara, susulan prestasi buruknya pada PRU-15.

Namun, memandangkan cita-cita politiknya dan usianya yang agak muda (mengikut piawaian ahli politik), iaitu 64 tahun, pilihan untuk bersara tidak mungkin berlaku.

Walau apa pun keputusan dibuat Zuraida berkaitan masa depannya, rakyat hampir pasti boleh melihat beliau kembali aktif dalam landskap politik tempatan. – The Vibes, Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki