web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gombak Medan PN Tawan Selangor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 11:40PM

Muhammad Hilman Idham - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan di kerusi Parlimen Gombak akan membuka jalan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Selangor, kata Muhammad Hilman Idham.

Setiausaha PN Selangor itu berkata, Gombak akan menjadi "medan pertempuran" utama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di mana penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dicabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari PKR.

Dalam ucapannya semasa majlis pelancaran jentera pilihan raya parti itu di Taman Pinggiran, Batu Caves malam ini, Hilman menggesa ahli gabungan PN untuk berkempen secara agresif demi meraih undi dan memastikan kemenangan di Gombak.

Beliau berkata, ia amat mustahak kerana menawan semula Gombak akan memberi isyarat jelas kepada gabungan itu untuk menjadikan Selangor sebagai salah satu negeri barisan hadapannya.

“Saya percaya Gombak akan menjadi medan pertempuran (di mana keputusan pilihan raya) akan memberikan kerajaan Selangor kesahihan untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya dalam beberapa bulan akan datang.

“Sebab itu kita perlu memberi isyarat jelas, isyarat yang betul.

“Jadi, kita perlu membuat pilihan yang tepat kerana keputusan 19 November ini bukan sahaja menentukan siapa yang mengetuai kerajaan pusat, tetapi akan menjadi petunjuk kepada PN untuk mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Hilman dikenali sebagai pengkritik tegar Amirudin kerana sering membidas dasar dan pentadbiran pemimpin negeri itu.

Malam tadi, Amirudin diumumkan calon Parlimen Gombak dan dianggap sebagai "komander" PKR untuk mengetuai misi merampas kembali kerusi tersebut. – The Vibes, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

3

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 11 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka