web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar Keputusan Parti, Pengerusi AMANAH Kedah Dipecat Serta Merta

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 2:43PM

Phalrolrazi Mohd Zawawi - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi dipecat daripada jawatan berkenaan, berkuatkuasa serta merta.

Pemecatan itu bermakna Phalrolrazi turut tersingkir dari parti tersebut secara keseluruhan.

Perkara berkenaan disahkan Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli yang menegaskan, tindakan itu diambil berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b) kerana Phalrolrazi didapati telah melanggar perlembagaan parti.

Serentak dengan itu, Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah akan menjalankan tugas-tugas pengerusi buat sementara.

"Phalrolrazi juga didapati mengingkari keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

"Kedua-dua keputusan di atas berkuatkuasa serta-merta,” katanya hari ini. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan barisan kepimpinan AMANAH Kedah didakwa akan memboikot calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Situasi tersebut timbul susulan kegagalan AMANAH mempertahan kerusi Parlimen Jerai, apabila terpaksa memberi laluan kepada calon DAP.

Kegagalan terbabit pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada Kedah, memandangkan kawasan Jerai didominasi kaum Melayu yang jelas alergik dengan stigma dibawa DAP. 

PH mencalonkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerai, sekali gus menjadi calon tunggal parti berkenaan di negeri itu. 

Empat lagi kerusi Parlimen di Kedah diberikan kepada AMANAH yang mengekalkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

PH Kedah turut mempertaruh tiga muka baharu iaitu mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Datuk Latipah Md Yatim (Sik); Ketua AMANAH Baling, Johari Abdullah (Baling) dan Ketua Pemuda AMANAH Padang Terap, Muaz Abdullah (Padang Terap). - Getaran, 30 Oktober 2022 




 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula