web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PRU-15: Rina Harun Calon PN Di Sepang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:49AM

Rina Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Harun hari ini diumumkan sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengumuman mengenai pemilihan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

"Rina calon kita di Sepang. Sah.. Ini Presiden yang cakap. Rina saya fikir diterima baik di sini, wajarlah saya umumkan malam ini. Inilah calon PN  untuk Parlimen Sepang," katanya semasa berucap di Jelajah Prihatin Parlimen Sepang di sini. 

Pada PRU-14 lepas, Rina yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.

Sementara itu, Rina berkata beliau  berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan pucuk pimpinan parti yang memilih beliau sebagai wakil gabungan itu dalam PRU-15. 

"Saya menerima ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk memastikan bahawa Sepang mampu untuk beri  satu kerusi untuk kita menubuhkan Kerajaan PN pada 19 November nanti," katanya. 

Selain Rina, calon bagi Parlimen Sepang yang telah mengesahkan akan bertanding di kerusi itu ialah Raj Muni Aiman Athirah daripada Parti Amanah Negara dan Che Asmah Ibrahim daripada Gerakan Tanah Air. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 November dengan penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting