web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nama Digugur, Annuar Musa Serah Kepada Rakyat Untuk Tentu Perjalanan Seterusnya

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 9:40AM

Annuar Musa - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan perjalanan beliau selepas ini.

Menurutnya, beliau akan meninjau pendirian jentera akar umbi di Ketereh dan sentimen pengundi yang selama ini setia menyokongnya di kawasan tersebut.

“Untuk perjalanan seterusnya elok saya tinjau pendirian jentera akar umbi saya, serta sentimen rakyat yang mengangkat saya. Elok saya serahkan diri saya kepada rakyat dan biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya.

“Pastinya jangan dibiarkan cabaran tidak bersahut, tikaman tidak bertepis, fitnah tidak berjawab dan hutang tidak berbayar,” katanya, menerusi hantaran di Facebook.

Annuar berkata, sebarang tindakan seharusnya didahului pemikiran dan akal yang panjang, agar segala keputusan boleh dibuat dengan tenang dan berlapang dada.

“Alhamdulillah, baru jelas setelah mendengar sendiri keputusan yang mereka buat dan umumkan sebentar tadi. 

“Sebelumnya agak samar kerana langsung tak di rujuk, jauh sekali dari dirundingi seperti mana tertulis di dalam perlembagaan parti,” katanya.

Annuar yang bakal digantikan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin mengakui menerima semua menerima semua keputusan dengan hati terbuka.

“Kita tutup dulu satu episod,dan kita pandang kehadapan serta menghitung langkah seterusnya.

“PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dulu,lebih 25,000 telah mengundi saya. Ahli UMNO Ketereh cuma 14,000. Bererti lebih daripada 11,000 undi datangnya dari kalangan bukan ahli UMNO,” katanya.

Beliau juga memberitahu, amat menghargai kesemua pengundi kerana ia memenuhi aspirasi dirinya.

“Saya mahu melihat ahli UMNO dan bukan UMNO terutama kalangan ahli PAS kekal bersatu padu dan menjunjung semangat Muafakat Nasional,” katanya.

Selain Annuar, turut digugurkan ialah penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).

Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Halimah Sadique (Kota Tinggi), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar). - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang