web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Pertaruhkan Shahidan Di Parlimen Arau?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 1:34PM

Shahidan Kassim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sumber berkata, kekosongan calon di Parlimen Arau dilakukan bagi memberi laluan kepada Shahidan, selepas beliau tidak menjadi pilihan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, walaupun berjaya mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Menurut beliau, PN Perlis memutuskan untuk mengosongkan kerusi tersebut di saat akhir berikutan rundingan gabungan itu bersama Shahidan masih berterusan dan belum dimuktamadkan.

“Sememangnya rundingan ada dilakukan pada beberapa hari lalu selepas kita mendapat tahu ura-ura bahawa beliau (Shahidan) ditendang daripada menjadi calon pada PRU-15.

“Akhirnya ia menjadi realiti walaupun beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Arau bersama Barisan Nasional (BN), dan walaupun gabungan itu tumbang di bawah Pakatan Harapan (PH) pada PRU lepas,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut, sumber menegaskan perkara tersebut akan diputuskan dan diumumkan kepada orang ramai dalam masa terdekat oleh kepimpinan tertinggi PN.

Beliau juga meyakini pencalonan Shahidan di Parlimen Arau pastinya akan direstui pemimpin dan akar umbi PN, khususnya PAS.

“Kami (PN) mempunyai hubungan baik bersama Shahidan di Perlis dan jika dicalonkan, beliau sudah pastinya merupakan calon yang boleh membawa kemenangan kepada gabungan.

“Bagaimanapun keputusan terhadap perkara itu, perbincangan masih diteruskan di peringkat pusat.

“Kita masih menunggu keputusan kepimpinan tertinggi walaupun di peringkat negeri kami memutuskan untuk meletakkan beliau di Parlimen Arau,” katanya.

Semalam, Shahidan yang digugurkan daripada mewakili BN pada PRU-15 mengesahkan akan meneruskan hasrat untuk bertanding di Parlimen Arau.

Shahidan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN.

Beliau juga tidak takut akan akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UMNO, walaupun berdepan tindakan disiplin, termasuk dipecat daripada parti selepas itu.

Parlimen Arau bakal ditandingi oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan bekas Ketua Pemuda UMNO Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau turut dikenali sebagai ‘Tok Ben’. - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula