web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokong Gugur Kes Mahkamah, BN Dakwa Surat Akujanji Tersebar Palsu

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 10:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) melaungkan anjakan paradigma sebagai usaha memulihkan parti, timbul pula berita yang tidak sedap didengar, apabila sehelai surat akujanji kini rancak berlegar di semua aplikasi media sosial.

Diminta menyatakan ikrar dan sumpah taat setia kepada parti, akujanji itu juga menuntut calon menyokong pencalonan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Ini ternyata bercanggah dengan jaminan diberikan sebelum ini, iaitu gabungan tersebut sebulat suara mencalonkan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Tangkap layar surat tersebut dengan jelas memperlihat ia ditandatangani tiga individu penting, iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO, Zahid selaku Presiden parti dan Pengerusi BN serta calon itu sendiri.

Tambah mengejutkan, akujanji berkenaan secara nyata meminta calon bersetuju dengan segala tindakan atau keputusan diambil parti, termasuk menggugurkan semua kes mahkamah yang dihadapi mana-mana pemimpin UMNO dan BN.

Calon juga perlu menyatakan sokongan terhadap desakan untuk menggugurkan sebarang siasatan melibatkan kepimpinan parti dan gabungan.

Mereka juga diminta mengambil kira keputusan dibuat barisan kepimpinan tinggi UMNO dan BN dalam setiap perkara yang diputuskan kerajaan.

Tinjauan di media sosial mendapati, penularan foto surat tersebut menjadikan nama Zahid kini trending di Twitter apabila menerima lebih 12,000 ciapan.

Netizen @Amshar_Aziz berkata, amat mengecewakan apabila calon sanggup melakukan apa sahaja demi memperoleh jawatan.

“Muka baru pun sanggup jilat Presiden demi jawatan.

“So much for changes. Any vote for BN regardless of candidate is a vote for Zahid (Perubahan konon. Semua undi untuk BN tak kira siapa sebenarnya undi untuk Zahid),” ciapnya.

@LagaCawan pula berkata, adalah satu perbuatan yang jelas keterlaluan apabila calon diwajibkan menyokong desakan untuk menggugurkan setiap kes mahkamah dihadapi barisan kepimpinan UMNO dan BN.

“Nak jadi PM ni kita faham lagi sebab dia Presiden Parti kan?

“Tapi sampai desak gugur kes ni dah melampau,” ciapnya.

Sementara itu, Getaran ketika mendapatkan respon seorang Ketua UMNO Bahagian dari Pahang diberitahu, surat tersebut adalah palsu kerana tidak mengandungi logo UMNO.

“Palsu. Mana ada logo UMNO,” katanya, ringkas.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan kebenaran surat akujanji berkenaan.

“Disahkan bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO (dan) BN di ketika musim PRU-15 ini,” katanya, menerusi hantaran di Facebook. - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global