web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Zuraida Dijangka Terkubur Di Ampang Jika Masih Mahu Bertanding

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 7:06AM

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan ‘berkubur’ sekiranya masih berhasrat mempertahankan kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, ia berikutan Parlimen Ampang merupakan kubu kuat PKR yang tidak pernah berjaya dirampas Barisan Nasional (BN) atau gabungan lain.

Menurut beliau, kemenangan Zuraida pada PRU-14 adalah disebabkan kekuatan akar umbi PKR dan bukan bersandar kepada kekuatan figura itu yang popular dalam memikat hati rakyat, satu ketika dahulu.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Rodziah Ismail atau sesiapa sahaja calon PKR bertanding di Ampang boleh menang berikutan ia merupakan kawasan selamat dan kubu kuat bagi PKR sejak tiga penggal lalu, dan BN sehingga sekarang sukar untuk menawan kawasan terbabit.

“Parti adalah faktornya, bukan Zuraida. Berdasarkan PRU lalu, Ampang ini merupakan kawasan bercampur (kaum) di bandar yang kebiasaannya akan terus didominasi Pakatan Harapan (PH), walaupun majoriti undian sedikit berkurangan. Malah, Rodziah sendiri merupakan orang lama dalam PKR,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga akan menjadi sandaran PKR untuk mencabar Zuraida pada PRU-15.

Zuraida pada PRU-14 menang di kerusi berkenaan atas tiket PH, namun menyertai kumpulan Azmin untuk meninggalkan PKR pada Februari 2020. 

Beliau kemudian menyertai BERSATU dan kini mengetuai Parti Bangsa Malaysia (PBM), sebelum keahliannya digantung serta-merta minggu lalu.

Pengundi di Ampang akan menentukan nasib Zuraida pada PRU-15 ini.
Pengundi di Ampang akan menentukan nasib Zuraida pada PRU-15 ini.

Mengulas lanjut, Jamaie berkata, pengundi di Parlimen Ampang sudah pastinya akan menghukum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu kerana mengkhianati PKR, sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan PH. 

“Itu merupakan kawasan selamat PKR seperti juga Parlimen Pandan, sebab itu kali ini Rafizi masih bertanding di situ. Seharusnya kalau beliau mahu wujudkan persaingan yang hebat, dia mencalonkan diri seperti di Bagan Datuk tetapi Pandan serta Ampang adalah kubu kuat dan dilihat tidak berkesan untuk mengubah landskap politik,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik UKM berkata, tidak sewajarnya kemelut jawatan Presiden PBM antara Zuraida dan Datuk Larry Sng berlaku menjelang PRU-15.

Jelasnya, permasalahan dalaman itu perlu diselesaikan dengan kadar segera kerana mampu menjadi peluru parti lawan ketika berkempen demi mengelakkan PBM menjadi pilihan rakyat.

“Loceng telah ditekan, sepatutnya isu seperti itu tidak berlaku dan secara tidak langsung kerana PBM tiada akar umbi, kalau mereka bertanding pun untuk mereka menang sangat tipis.

“Lantaran itu, apabila pelbagai isu melanda Zuraida, maka pengundi melihat PBM tiada jati diri. Sekejap nak bertanding bergabung bersama BN, tiba-tiba nak bertanding solo.

“Kalau nak kembali kepada BERSATU atau PH pun, saya tak fikir mereka akan memberi ruang sebab pengundi ketika ini sedang bersedia untuk menghukum (Zuraida) kalaulah masih bertanding di Ampang,” katanya.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi pula berpandangan, tindakan Zuraida yang sering bertukar parti akan memberi kelebihan kepada Rodziah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Ampang pada PRU-15.

“Satu nafas baharu daripada PKR bagi memperbaiki kembali pemimpin yang akan mewakili PKR di Ampang. Antara dua calon ini, Zuraida ada masalah kerana terlalu banyak melompat, jadi rakyat sudah hilang kepercayaan dan risau dengan sikapnya walaupun beliau merupakan figura popular dan berpengalaman sebagai Menteri.

“Sikap tiada pendirian oleh Zuraida memberi impak besar kepada rakyat, mereka ini sekarang sudah berada di zaman teknologi yang membolehkan pengundi melihat, memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam konteks negara. Orang muda khususnya mahu melihat bagaimana calon itu memiliki kepimpinan berpaksikan pendirian,” katanya.

Hussain berkata, tindakan melompat parti dan pengkhianatan yang dicipta Zuraida sudah pastinya akan menumbangkan pemimpin terbabit walaupun langkah itu dilihat sebagai reformasi dalam politik.

“Berapa banyak parti dia nak tubuh menggunakan apa sekali jenama pun (tetapi) jika tiada pendirian, suka bertukar parti, rakyat mana yang mahu bersama dia. 

“Apa sahaja jasa besar dia untuk rakyat, isu terhadap beliau sedang dilihat pengundi ketika ini. Kalau bersendirian (tidak bersama mana-mana parti), dia tidak boleh ke mana kerana PBM ini kecil dan boleh dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya. - Getaran, 3 November 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan