web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Ahmad Zahid Berdepan Giant Killer Shamsul Iskandar Di Bagan Datuk, 2 Lain

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 4:18PM

Calon Barisan Nasional Parlimen P.075 Bagan Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut para penyokongnya selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Dalam mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat kali kelima, cabaran ketara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dilihat datang daripada calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang pernah dirujuk sebagai "Giant Killer” selepas mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka dalam pilihan raya pada 2013.

Dua lagi pencabarnya di kerusi parlimen itu ialah calon Perikatan Nasional (PN), Dr Muhammad Faiz Na'aman serta calon bebas Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail.

Shamsul Iskandar yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Ketua Penerangan PKR pernah membuat kejutan mengalahkan bekas ketua menteri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil pada 2013 dan mengekalkannya pada 2018 ketika ia ditukar nama kepada Hang Tuah Jaya. 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bagan Datuk, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah membuat pengumuman senarai calon bagi kerusi parlimen itu di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

Pada PRU-14, Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan menang majoriti 5,073 undi selepas mendapat 18,909 undi menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli (4,061 undi).

PN mempertaruhkan Muhammad Faiz yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu manakala Mohamed Tawfik yang turut mencuba nasib merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut, Johor di bawah Barisan Nasional (BN) pada tahun 1986.

Sementara itu, di Parlimen Pasir Salak penyandang kerusi parlimen berkenaan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir memberikan sokongan kepada penggantinya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Khairul Azwan Harun yang mewakili BN, dan keadaan jelas tenang, tanpa sebarang unsur sabotaj.

Kerusi Parlimen itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA), demikian menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Pasir Salak Nurhisyam Karno ketika membuat pengumuman senarai calon, di Dewan Millenium Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Kampong Gajah.

Di kerusi Parlimen Pasir Salak, Khairul Azwan akan bersaing dengan calon daripada PH iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz (PKR) dan Jamaluddin Yahya (PAS) mewakili PN manakala GTA meletakkan Zairol Hizam Zakaria (Putra). 

Seramai 58,183 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bagan Datuk layak mengundi pada PRU-15 manakala 74,631 pengundi pula di Parlimen Pasir Salak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah