web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehadiran Tok Mat Ke Rembau Dialukan, Penduduk Teruja Sambut Kempen

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 7:30AM

Hujan tidak menghalang Mohamad Hasan bertemu dengan penduduk ketika berkempen pada PRU-15 bagi kerusi Parlimen Rembau, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SENAWANG - Hujan lebat tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Naib Presiden UMNO itu memulakan kempennya dengan diiringi barisan jentera pilihan raya BN untuk beramah mesra bersama masyarakat dan peniaga di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar. 

Setibanya Mohamad di pasar malam itu, orang ramai teruja merakam gambar bersama beliau, di samping jenteranya bertanya khabar dan menjelaskan perancangan gabungan terbabit bagi kawasan itu.

Kehadirannya turut dilihat disambut cukup baik penduduk sekitar yang senang dengan kempen diadakannya.

Hujan lebat juga sedikit pun tidak menjejaskan calon BN itu berkempen dan menziarahi semua peniaga, selain orang ramai di pasar malam terbabit. 

Mohamad Hasan berbual sambil minum teh ketika mengunjungi Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar, semalam.
Mohamad Hasan berbual sambil minum teh ketika mengunjungi Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar, semalam.

PRU-15 menyaksikan Mohamad bertanding bagi kerusi Parlimen buat pertama kali, setelah 25 tahun menceburi arena politik tanah air.

Mohamad menghadapi saingan sengit lima penjuru di Rembau, iaitu daripada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha yang mewakili Pakatan Harapan PH; Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus; Ramly Awalludin (Parti Pejuang Tanah Air) dan S Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

Mohamad bertanding bagi kerusi Parlimen buat pertama kali, setelah 25 tahun menceburi arena politik tanah air.
Mohamad bertanding bagi kerusi Parlimen buat pertama kali, setelah 25 tahun menceburi arena politik tanah air.

Sebelum ini, Parlimen Rembau disandang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selama tiga penggal bermula pada 2008, sebelum beliau memberi laluan kepada Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, bertanding di kawasan itu.

Sepanjang pembabitannya dalam politik, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mempunyai rekod prestasi cemerlang, termasuk semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat penggal sejak 2004.

Malah, beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit dan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad. - Getaran, 9 November 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula