web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pilih Calon Muda Berwibawa Elak Parlimen Jadi ‘Pentas Sarkas’, ‘Pasar Ikan’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 9:21AM

Gambar hiasan dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pengundi perlu memilih calon muda berwibawa sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), agar Dewan Rakyat tidak lagi menjadi medan ‘sarkas’ dengan sikap tidak profesional segelintir golongan itu.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemimpin muda adalah figura lebih berintegriti yang mampu berbahas di Parlimen dengan cara berkualiti dan matang.  

“Rakyat perlukan tokoh muda supaya dapat berbahas dengan baik agar Parlimen tidak lagi menjadi sarkas seperti kita lihat sebelum ini.  

“Kita berharap dengan adanya mereka (Ahli Parlimen anak muda) ini, Dewan Rakyat kita tidak lagi menjadi seperti pasar ikan, menempik dan berteriak tanpa adab,” katanya kepada Getaran.  

Bagaimanapun, Mohammad Agus berpandangan adalah menjadi kerugian buat parti bertanding apabila meletakkan tokoh muda berentap di kerusi sukar menang, memandangkan calon pihak lawan adalah pemimpin berpengalaman luas.  

Sebagai contoh, katanya, apabila dua pemimpin berkaliber iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari terpaksa bersaing antara satu sama lain di Parlimen Alor Gajah.  

“Begitu juga dengan pertandingan antara Datuk Seri Mohammad Hassan (BN) dengan Jufitri Joha (PH) di Rembau, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN) menentang Dr Maszlee Malik (PH) di Simpang Renggam serta Noor Amin Ahmad (PH) dan Dr Fathul Bari Mat Jahya (BN) di Kangar. Negara memerlukan khidmat tokoh ini, tetapi sayangnya mereka terpaksa bersaing.

“Kita juga memerlukan khidmat Khairy Jamaluddin (BN) tetapi beliau diletakkan bertanding di kerusi Sungai Buloh yang memerlukan saingan kuat untuk menang. Begitu juga dengan tokoh muda DAP, Syeikh Umar Bagharib Ali Bakri yang bertanding melawan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN) di Bakri,” katanya.  

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus berkata, perkara itu adalah realiti politik negara yang seharusnya menjadi pemangkin semangat untuk setiap calon muda itu, bersungguh-sungguh agar mereka mampu menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Namun, beliau mendedahkan, terdapat sebahagian pemimpin muda ini sudah sombong dan agresif dalam memberikan pandangan, seterusnya mampu mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap golongan itu sebagai ahli politik.  

“Ada dalam kalangan mereka yang saya kenal payah untuk mengangkat dan menjawab telefon mahupun membalas mesej, malah apabila bercakap kasar bunyinya serta agresif dalam tindakan dan pandangan.

“Ini tidak sesuai dan perlu diperbaiki supaya boleh menjadi pemimpin yang baik serta berkesan.

“Harapnya pengundi pada PRU ini mempunyai maklumat mencukupi sebelum mengundi dan memilih pemimpin muda yang dapat membawa kebaikan kepada negara pada masa depan,” katanya.  

Terdahulu, PRU-15 menyaksikan setiap gabungan yang bertanding, mencalonkan beberapa pemimpin muda berwibawa dan dekat di hati rakyat.  

Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan politik yang mempertaruhkan ramai calon muda, iaitu Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong), Howard Lee (Ipoh Timur), Yeo Bee Yin (Puchong), Teo Nie Ching (Kulai), Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) dan Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching) dari DAP.

PKR pula mempertaruhkan Rafizi Ramli (Pandan), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Jufitri Joha (Rembau), Adam Adli (Hang Tuah Jaya), Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiwangsa), dan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai).

Manakala dari Parti Amanah Negara (AMANAH), ia menyaksikan pemilihan Faiz Fadzil (Tampin), Adly Zahari (Alor Gajah) dan Hasbie Muda (Temerloh) serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

BN juga tidak ketinggalan menamakan calon muda berkarisma, iaitu Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh), Isham Jalil (Shah Alam), Dr Asyraf Wajdi (Grik), Shahril Hamdan (Alor Gajah) dan Dr Fathul Bari Mat Jahya (Kangar). - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan