web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buktikan Saya Ambil RM500 Billion Bagi Kepentingan Peribadi - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 4:46PM

Muhyiddin mencabar gabungan pembangkang melaporkan perkara tersebut kepada SPRM dan polis. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT PASIR - “Wallahi, saya boleh bersumpah tiada satu sen pun duit kerajaan saya belanjakan (seleweng) kecuali untuk rakyat,” tegas mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau membelanjakan RM500 bilion demi kebajikan rakyat dan bukan bagi kepentingan peribadi beliau, seperti didakwa Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Lantaran itu, Muhyiddin mencabar gabungan pembangkang melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya memiliki bukti beliau melakukan salah laku berhubung perkara terbabit.

“Benda dah dua tahun sepatutnya lapor awal kepada SPRM dan polis kalau dah ada bukti, itu caranya kerana ia dibuat mengikut peraturan kewangan sedia ada. Saya nak cabar Adly, buktikan mana satu kes.

“Saya tak rasa takut, bimbang kerana semua diurus mengikut dasar perolehan, cara perbelanjaan di bawah kontrak kewangan sedia ada,” katanya ketika ditemui media pada Program Bersama Sahabat Amanah Ikhtiar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan calon PH Parlimen Alor Gajah itu yang akan menjalankan siasatan terperinci terhadap Muhyiddin kerana dikatakan membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Muhyiddin berkata, peruntukan terbabit amat besar dan meskipun dikatakan untuk menyelamatkan rakyat serta negara daripada COVID-19, ia perlu disiasat.

Katanya, tuduhan Adly itu hanyalah senjata politik demi mewujudkan persepsi negatif kepada rakyat bagi menjatuhkan PN.

“Kena bukti kita belanja sewenang-wenangnya, berapa banyak bilion saya curi bukan dengan serkap jarang dan timbulkan keraguan. Niatnya itu jahat, saya tak pernah takut sebab saya tahu pengurusan saya sejak berzaman tadbir kerajaan, tak ada satu kes pun.

“Ini sebab dia nak bertanding, nak menang (di Alor Gajah dengan fitnah) kata PN rosak. Dia (Adly), parti dia pun ada kes rasuah dan kami tiada,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan wujud pergolakan dalam PN susulan ‘tegurannya’ terhadap Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selepas Setiausaha Agung PAS itu mendakwa beliau yakin PN dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Muhyiddin berkata, perkara itu tidak berlaku.

“Tidak ada pergolakan, dalam BN lagi teruk, saya tak nak buat tuduhan, itu apa dilaporkan, kenyataan Takiyuddin tak dipetik secara betul dan tepat, malah Takiyuddin sendiri sudah betulkan, saya sudah betulkan, Tan Sri Hadi Awang (Presiden PAS) pun sudah betulkan.

“Pendirian kita ialah dalam masa hadapi PRU-15, kita bertegas bahawa kita bertanding atas tiket PN, saya tak fikir soal gabungan mana, kalau saya kata PN nak bergabung, orang akan kata apa guna sokong PN sebab dia nak masuk puak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), kluster mahkamah, bodohlah saya,” katanya.

Justeru, Muhyiddin berkata, PN mengambil pendirian jelas dan bertanding dalam perjuangan sama. - Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan