web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Serangan Ke Atas Zahid, BN-PH Ada Pakatan Sulit? - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2022 6:29PM

Muhyiddin berkata, serangan bersifat peribadi itu membuktikan kekuatan PH semakin melemah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAGOH - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang menghentikan serangan terhadap Barisan Nasional (BN), dan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sasaran baharu membuktikan ada agenda sulit antara dua gabungan berkenaan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, agenda berkenaan sememangnya wujud apabila Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sedikit pun mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berkempen di Bagan Datuk, Perak baru-baru ini.

Senario tersebut seolah-olah membenarkan tanggapan ramai bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan sememangnya ada menjalinkan pakatan sulit untuk bersatu membentuk kerajaan.

“Saya tak tahu nak ragu ke apa apabila Anwar pergi ke Bagan Datuk, dia tahu kawasan Zahid Hamidi (tapi) dia tak sentuh langsung (untuk menyerang). 

“Takkan Anwar tak tahu dia (Zahid) pernah jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta UMNO yang korup, salah guna kuasa, melakukan penyelewengan, kes kluster mahkamah, tapi dia tak serang.

“Saya ini kalau ikut, kes apa ada namun saya menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui pada sesi beramah mesra bersama penduduk Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Anwar ketika berkempen di Bagan Datuk baru-baru ini menyelar setiap musuh politiknya, termasuk Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun sama sekali tidak pernah membangkitkan sebarang isu berkaitan Zahid.

Pada ceramahnya, Presiden PKR itu lebih berminat menyelar apa yang disifatkan sebagai ketirisan pentadbiran Muhyiddin semasa pandemik COVID-19, tanpa kes rasuah melibatkan Zahid.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, serangan bersifat peribadi itu membuktikan kekuatan PH semakin melemah, sedangkan keyakinan rakyat terhadap PN kian bertambah.

“Saya tahu dia (Anwar) sudah cukup bimbang, muka dia pun tak cerah sekarang, sedih sahaja. Bagi saya ini soal persaingan dalam sistem demokrasi. Ada orang suka, ada orang tak suka. Itu biasalah. Saya serang dia juga, kemudian dia kata saya bapa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Sebenarnya, faham ke dia masalah PKP? Cuba Anwar fikir kalau negara ini sewaktu COVID-19 tak ada PKP, apa akan jadi? Dia patut bersyukur dia masih hidup, anak hidup, isteri hidup, semua okay, patut semua bersyukur,” katanya.

Jelas calon PN Parlimen Pagoh itu, Anwar kini mungkin sedang tertekan apabila melihat corak sokongan kian berpihak kepada PN.

“Dia ada data, saya pun ada data. Jadi mereka kata, kalau nak menang kena serang Muhyiddin, tapi ini mungkin dia sudah tertekan bila dia tengok trend mukhtahir ini menjurus kepada PN.

“Apapun, yang penting bukan Anwar atau saya tetapi siapa yang rakyat akan pilih, pertimbangkan dan putuskan siapa mereka mahu percaya, pemimpin itu ataupun saya,” katanya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula