web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dengarkan Ahli Parlimen BN, Elak Langkah Jangka Pendek Demi Kepentingan Peribadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 7:00AM

Najib Tun Razak - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Barisan Nasional (BN) perlu mengetepikan perbezaan sentimen dan mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen gabungan itu yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebelum membuat sebarang keputusan. 

Anaknya, Nooryana Najwa berkata, pesanan itu dititipkan mantan Perdana Menteri terbabit ketika mereka bertemu.

Beliau berkata, Najib sangat berharap agar BN tidak mengambil langkah jangka pendek yang hanya memanfaatkan kepentingan peribadi dan bukannya parti. 

Nooryana Najwa - Gambar oleh Syeda Imran
Nooryana Najwa - Gambar oleh Syeda Imran

“Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah Parlimen tergantung dan membentuk kerajaan, ia patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang parti itu serta UMNO, bukan hanya untuk kepentingan sementara.

“Rundingan ini perlu mengetepikan perbezaan sentimen dan perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU-15,” katanya menerusi hantaran di Facebook Najib. 

Dalam pada itu, Nooryana berkata, ayahnya meyakini bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula.

“Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabatnya dalam BN. Beliau juga menyatakan harapan dan kepercayaannya. 

“Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita,” katanya. 

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada sebarang perundingan antara BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau menafikan kenyataan dikeluarkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berhubung perkara itu, semalam.

Ahmad Zahid turut memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen BN yang memenangi kerusi pada PRU-15 supaya mematuhi aku janji calon ditandatangani mereka.

Jelasnya, kandungan aku janji itu termasuk memberi mandat kepada beliau untuk menentukan sebarang keputusan dan gabungan politik dalam penubuhan kerajaan Persekutuan.

PRU-15 adalah peristiwa hitam buat BN yang kalah teruk di kebanyakan kerusi Parlimen ditandingi, malah majoriti calonnya, termasuk nama pilihan yang dijangka meraih kemenangan tewas.

Antara calon itu adalah Khairy Jamaluddin yang tewas di Sungai Buloh, Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik), Isham Jalil (Shah Alam) dan Shahril Hamdan (Alor Gajah).

Pada tahun 2018, Najib meletak jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkuat kuasa serta-merta, selepas kekalahan teruk parti itu pada PRU-14.

Tugas kepimpinan jawatan berkenaan diambil alih Naib Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan Naib Presiden parti menjalankan tugas Timbalan Presiden. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 57 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan