web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH - BN Masuki Fasa Rundingan Serius - Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 4:06PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) telah memasuki fasa rundingan yang serius bersama Barisan Nasional (BN) bagi berbincang mengenai beberapa perkara utama, mencakupi kestabilan politik serta pemulihan ekonomi, dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, serentak dengan itu, kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya gabungan tersebut telah mempunyai akuan bersumpah (SD) melebihi 112 adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif.

Menurut beliau, PH berpegang pada kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa sebarang rundingan dengan parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

“Ia juga boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti dipersetujui dalam akuan berkanun yang telah mereka tandatangani,” katanya.

Saifuddin berkata, perbincangan antara kedua gabungan terbabit akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kami mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan media yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar.

“Justeru, kenyataan Setiausaha Agung itu adalah tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai,” katanya. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah