web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Wan Rosdy Tak Lemahkan Semangat PAS Pahang, Azam Bangkit PRU-16

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Nov 2022 1:43PM

Pahang menjadi negeri kedua yang menyaksikan kerjasama BN dan PH selepas Perak. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membentuk kerajaan negeri menerusi gabungan politik bersama Pakatan Harapan (PH) tidak sedikit pun melemahkan PAS. 

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar bagaimanapun menegaskan parti itu akan berusaha dengan sebaiknya untuk menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Apa yang berlaku tidak sedikit pun melemahkan kami, Insya-Allah kami akan lipat gandakan usaha, kami akan perahkan segenap akal dan keringat untuk tawan Pahang pada PRU-16 nanti. 

“Biiznillah, Insya-Allah, ini janji kami. Kami yakin rakyat bersama kami," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Pahang mempunyai 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 17 daripadanya dimenangi Perikatan Nasional (PN), BN pula memperoleh 16 kerusi manakala PH lapan kerusi.

Keputusan itu menyebabkan kerajaan Pahang masih belum terbentuk setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada PRU-15.

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara PN dan BN, selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan campuran di Pahang.

Pada 24 November lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang sekali gus menandakan persetujuan dua gabungan itu bersama membentuk kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Pahang akhirnya menjadi negeri kedua yang menyaksikan kerjasama BN dan PH selepas Perak, susulan keputusan PRU-15 menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah.  

Ia selepas Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenan pembentukan kerajaan Pahang daripada dua gabungan parti politik tersebut.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Pemangku Raja Pahang juga berkenan melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 59 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 53 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula