web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembentukan Kabinet: ‘Sistem Negara Sudah Rosak, Agenda Reformasi Anwar Kosong’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 2:01PM

Muhyiddin Yassin turut menjangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sudah menggadai prinsip tatakelola baik yang kononnya mahu dibawa parti beliau, seperti dijaja ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Anwar itu juga ibarat menjual maruah negara semata-mata demi mencapai keinginan menjadi Perdana Menteri.

“Ini barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Muhyiddin berkata, lebih mengecewakan apabila Anwar turut memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan itu akan membawa kepada pemusatan kuasa serta penyelewangan berskala besar.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menegaskan, perkara terbabit mengulangi apa yang berlaku dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi serta pembelaan nasib rakyat jelata.

“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi,” katanya. 

Selain itu, Muhyiddin berkata, tidak seharusnya Anwar melantik Ahli Parlimen yang terkenal dengan sikap cauvinis melampau, menerajui kementerian tertentu yang dilihat bakal mengundang pelbagai kontroversi pada masa depan. 

Menurutnya, beliau menjangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.

“Agenda reformasinya berdering kosong apabila dia tidak dapat berdiri untuk mempertahankan perjuangan partinya sendiri, bagi memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus baik.

“Nilainya sebagai pemimpin sejati yang patut dihormati dan apa dilakukan kini oleh beliau amat diragui,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pelantikan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan, menunjukkan sistem negara sudah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip dilantik menerajui negara. 

“Pada masa sama, pemimpin terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet ketika ini. 

“Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang membariskan 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula