web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sivaraj Akur Beri Laluan Kepada Calon PH Di Parlimen Padang Serai

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 4:54PM

C Sivaraj akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi BN untuk memberi laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak di kerusi Parlimen Padang Serai - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk C Sivaraj akan terus berkhidmat kepada masyarakat Padang Serai walaupun terpaksa berundur daripada kerusi itu, bagi memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Katanya, meskipun tidak dapat menerusikan perjuangan sebagai calon, beliau akan sentiasa memberi pelbagai bantuan kepada rakyat, khususnya terhadap masalah asas.

“Saya turut memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan agar isu sudah diketengahkan melalui manifesto saya, iaitu ‘5 Tekad untuk Padang Serai’ diberi perhatian sewajarnya.

“Parlimen Padang Serai jauh ketinggalan dalam segenap aspek. Tidak adil untuk rakyat Padang Serai terus diabaikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Sivaraj akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi BN untuk memberi laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak di kerusi Parlimen berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu perlu diterima memandangkan kepentingan parti harus didahulukan, berbanding perkara lain.

“Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada jentera dan rakan media yang membantu perjuangan saya di sini, bukan dalam tempoh berkempen sahaja tapi sejak hari pertama saya mula berkhidmat tiga tahun lalu.

“Saya juga ingin menyatakan penghargaan terhadap kepimpinan tertinggi BN di atas peluang dan ruang diberikan kepada saya selama tempoh tiga tahun di Parlimen Padang Serai,” katanya.

Semalam, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, BN bersetuju memberi laluan kepada calon PH untuk Parlimen Padang Serai pada PRU-15. 

Pengumuman berkenaan dibuat dalam perhimpunan pertama bersama PH negeri dan BN di Taman Desa Aman di Padang Serai, Kedah, semalam. 

Jamil Khir berkata, langkah itu adalah bagi menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada PH, BN dan gabungan lain.

Dalam pada itu, calon PH, Mohamad Sofee menyambut baik keputusan terbabit dan menyifatkan langkah berkenaan sebagai titik permulaan kejayaan konsep Kerajaan Perpaduan di Kedah.

“Saya sangat berterima kasih dan menghormati keputusan BN. Ini adalah semangat perpaduan yang sangat baik. Alhamdulillah, kita berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya ketika berucap.

Sebelum ini, Parti Warisan (WARISAN) turut mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada PH.

Selain Sivaraj dan Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Hamzah Abd Rahman (Parti Pejuang Tanah Air), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandangnya, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU-15 di kerusi terbabit, menetapkan hari ini sebagai tarikh pengundian awal, manakala 7 Disember depan untuk pengundian. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan