web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Menang Kerusi DUN Tioman

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 9:24PM

BN diwakili Datuk Seri Mohd Johari Hussain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dengan majoriti tipis 573 undi.

Keputusan rasmi kemenangan tersebut diumumkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook, mengumumkan keputusan tidak rasmi mengenai kemenangan calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Keputusan itu menjadikan Johari yang juga penyandang sejak tiga penggal lalu sekali lagi berjaya mempertahan kerusi berkenaan sekaligus mengekalkan kedudukan DUN Tioman sebagai kubu kuat BN.

Johari yang memperoleh 8,080 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Idayu Hashim dengan majoriti 573 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Ramly yang telah menarik diri meraih 784 undi.

Mohd Fadzli sebelum ini mengumumkan memberi laluan kepada calon BN untuk meningkatkan peluang kemenangan susulan penyertaan blok itu dalam kerajaan perpaduan, tetapi namanya masih tertera di kertas undi.

Menurut SPR, status calon tidak boleh diubah selepas pencalonan mereka diterima

Sementara itu, Osman Bakar yang mewakili PEJUANG meraih 79 undi dan calon Bebas, Sulaiman Bakar hanya memperoleh 58 undi.

Sebanyak 17 pusat mengundi di DUN Tioman membabitkan 55 saluran dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Berdasarkan daftar Pemilih Pilihan Raya, seramai 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara dijadualkan membuang undi bagi kawasan berkenaan.

Proses pengundian DUN Tioman tidak dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, beberapa jam sebelum proses pengundian bermula 19 November lalu. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 10 bulan yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok