web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hajiji Tak Kenang Budi, Lupa Kesungguhan Parti Bantu Menangi PRN Sabah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 8:18PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengepalai BERSATU negeri itu meninggalkan parti disifatkan sebagai tidak mengenang budi.

Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perbuatan Hajiji itu jelas membuktikan beliau tidak menghargai kesungguhan serta pengorbanan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Ketua Menteri Sabah itu juga seolah-olah sudah melupakan kesungguhan barisan pemimpin parti, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sedaya upaya membantu beliau memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Tindakan Datuk Seri Hajiji mengepalai gerakan ini hanyalah semata-mata mahu kekal dalam koridor kuasa negeri Sabah, (dan) tidak lagi memikirkan tentang prinsip-prinsip perjuangan yang pernah dilaungkan dahulu,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, kekesalan dan kekecewaan ARMADA BERSATU lebih terasa apabila mengenangkan segala kudrat dan pengorbanan semua jentera ARMADA dan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang telah bertungkus lumus memenangkan PN pada Pilihan Raya PRN Sabah yang lalu.

“ARMADA juga ingin membidas kenyataan dangkal dibuat oleh Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun, yang cuba mengaitkan PN sebagai parti mempromosi politik ekstremis Islam semata-mata.

“Datuk Seri Masidi Manjun sebagai seorang tokoh dan pemimpin yang beragama Islam adalah disarankan untuk merujuk semula kepada Fasal 6 dalam perlembagaan Parti BERSATU dan Fasal 5 dalam perlembagaan parti PN,” tegasnya.

Jelas beliau, penubuhan BERSATU dan PN bukan untuk mencabul kehormatan dan hak rakyat bukan Islam.

“Kami yakin masih ada sahabat seperjuangan ARMADA di Sabah yang kekal setia bersama BERSATU, terima kasih diucapkan. Kita akan bina semula BERSATU di negeri Sabah,” katanya.

Hajiji hari ini mengumumkan, GRS mengambil keputusan meninggalkan BERSATU, selepas mempertimbang keadaan dan landskap politik negara.

Katanya, perkara itu diputuskan setelah kerajaan negeri ditunjangi GRS - Barisan Nasional (BN) mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini