web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Prestasi 'Hambar' PRU-15, Ketua Muda PEJUANG Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 2:31PM

Menurut Dr Abu Hafiz Salleh Huddin, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan pelbagai perkara, termasuk atas dasar tanggungjawab susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Muda PEJUANG, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. 

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan pelbagai perkara, termasuk atas dasar tanggungjawab susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, kepemimpinan baharu sayap itu diharapkan mampu menggalas tanggungjawab ditinggalkan dengan lebih cemerlang. 

Dr Abu Hafiz Salleh Huddin - Gambar Fail
Dr Abu Hafiz Salleh Huddin - Gambar Fail

"Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat Tun Dr Mahathir Mohamad, kepimpinan utama parti dan teman-teman kepimpinan Pejuang Muda Malaysia atas kepercayaan sebagai Ketua Pejuang Muda Malaysia.

"Pengalaman yang digarap selama ini akan dijadikan ilmu yang sangat berguna, Insya-ALLAH," katanya hari ini. 

Pada PRU-15, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo PEJUANG gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon untuk bersaing di 125 kerusi. 

PEJUANG yang dipimpin Dr Mahathir telah membentuk GTA bersama Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan golongan profesional.

Pada PRU-15, calon GTA bertanding menggunakan logo PEJUANG kecuali di Kelantan yang menggunakan logo PUTRA.

Dr Mahathir turut tewas dalam cubaan merebut kerusi Parlimen Langkawi dan hanya meraih 4,566 undi, sekali gus hilang deposit pertaruhan.

Dr Mahathir turut tewas dalam cubaan merebut kerusi Parlimen Langkawi dan hanya meraih 4,566 undi, sekali gus hilang deposit pertaruhan - Gambar Fail
Dr Mahathir turut tewas dalam cubaan merebut kerusi Parlimen Langkawi dan hanya meraih 4,566 undi, sekali gus hilang deposit pertaruhan - Gambar Fail

Anaknya, yang juga Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz serta calon GTA lain juga gagal, dan menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU-15.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, oleh kerana PEJUANG kalah di semua 125 kawasan yang dipertandingkan, maka parti itu turut gagal memasuki Dewan Rakyat sebagai pembangkang.

Katanya, segala perancangan PEJUANG untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

2

Politik 4 bulan yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Besar Sungguh Pengorbanan Pemuda Jepun Ni

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ketua Sindiket Dadah Antara 10 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Di Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula