web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majoriti Akar Umbi PBM Tidak Setuju Cara Larry Urus PBM - Zuraida

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 2:49PM

Zuraida Kamaruddin mendakwa, Larry juga mengugut pemimpin lain dengan menggunakan kuasanya untuk menandatangani watikah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan dangkal Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng yang sering mendedahkan hal kerahsiaan terutama kenyataan ‘berbelit’ di media sosial akhirnya menjejaskan imej parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang digantung keahlian daripada PBM pada Oktober lalu berkata, tindakan tersebut turut mencetuskan kegusaran dalam kalangan ahli parti.

Menurut beliau, majoriti akar umbi PBM tidak bersetuju dengan cara Larry menguruskan parti itu.

“Pandangan tersebut disuarakan mereka kepada saya dalam perbincangan sebelum ini.

“Sebagai sebuah parti yang demokratik, Presiden PBM sepatutnya berbincang dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan atau membuat keputusan tertentu.

“Ketika ini, Larry memaparkan sifat ketidakmatangan, keangkuhan dan kegagalan beliau untuk berfikir secara rasional dalam menguruskan parti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zuraida mendakwa, Larry juga mengugut pemimpin lain dengan menggunakan kuasanya untuk menandatangani watikah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Perkara itu berlaku setelah saya dan pasukan membangunkan PBM dari awal penubuhannya dengan penambahan kekuatan daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Komuniti Negara," katanya. 

Beliau mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan perjanjian bahawa tampuk tertinggi parti diserahkan kepadanya dengan serta-merta selepas pengumuman menyertai PBM.

Larry Sng - Gambar Fail
Larry Sng - Gambar Fail

“Perkara berkenaan juga telah diabsahkan melalui usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti di peringkat nasional.

“Tetapi setelah PRU-15 berlangsung, Larry seolah-olah memungkiri janji, malah bertindak tanpa segan silu membelakangi kehendak majoriti ahli PBM dan menyalahgunakan jawatannya untuk kekal berkuasa,” katanya.

Semalam, Larry dilaporkan berkata, beliau sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zuraida dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) PBM, selepas mereka gagal hadir mesyuarat MT minggu lalu dan diberi tempoh untuk menjawab surat itu dalam tempoh tujuh hari, sehingga Isnin ini.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, mereka akan disingkirkan daripada PBM.

Pada 28 Oktober lalu, Larry mengumumkan menggantung keahlian Zuraida dan 12 ahli MT PBM susulan pembabitan berterusan mereka yang didakwa menggugat kepentingan parti dan kepemimpinannya.

Krisis dalaman PBM semakin meruncing selepas Larry sebelum itu mendakwa, beliau masih Presiden PBM dan tidak pernah mengosongkan jawatan itu untuk diisi Zuraida.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, beliau menyerahkan isu berkenaan kepada ahli PBM dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, beliau akan meneruskan khidmat dalam memperkasa agenda membina negara melalui kapasiti sedia ada di peringkat global, tempatan dan dalam komuniti, termasuk aktiviti kebajikan serta sosial yang sudah digerakkannya sekian lama.

"Gerak kerja dan aspirasi saya untuk membawa agenda progresif bagi rakyat Malaysia ini juga akan saya teruskan dan dilaksanakan melalui pelbagai platform khususnya melalui NGO Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara.

"Pertubuhan ini saya asaskan sejak 2017 yang kini bersama gagasan besar NGO Muafakat Nasional (MN)," katanya. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Politik 1 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kekalahan Shahrizat Bukti ‘Orang Lama’ Tidak Diterima Akar Umbi

4

Politik 1 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan