web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hajiji Ada Hak Kekal Sebagai Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 11:32AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyangkal dakwaan UMNO Sabah bahawa kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor yang dikatakan tidak mempunyai 'locus standi' atau hak di sisi undang-undang untuk kekal menjadi Ketua Menteri, selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kelayakan Hajiji untuk menyandang jawatan itu tidak terjejas memandangkan beliau bersama semua mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU merupakan ahli GRS.

“Terdapat lebih daripada cukup majoriti ADUN dan mereka merupakan parti politik terbesar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Oleh itu, tiada merit kepada dakwaan (Pengerusi Barisan Nasional Sabah) Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Datuk Seri Hajiji Noor tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Bung Moktar yang dilihat cuba menimbulkan keraguan dan kekeliruan terhadap kesahihan kedudukan Hajiji selaku Ketua Menteri.

Semalam, BN Sabah secara rasmi menamatkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), susulan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor didakwa kehilangan ‘locus standi’ sebagai Ketua Menteri.

Bung berkata demikian selepas mendakwa Hajiji yang juga Pengerusi GRS, melanggar perjanjian dimeterai kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, ia termasuk pemecatan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd dan ugutan ingin merombak Kabinet tanpa merujuk kepada bloknya.

Pada masa sama, Bung Moktar berkata, kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri bercanggah dengan perlembagaan kerana tidak memenuhi syarat undang-undang, seperti dinyatakan di bawah Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) perlembagaan negeri.

Ujarnya, Hajiji sudah hilang legitimasi kerana tidak menyertai parti selepas meninggalkan BERSATU.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, Ahli Parlimen Kinabatangan itu hanya merujuk Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah mengenai kepercayaan majoriti seorang ketua parti politik yang juga seorang ADUN.

“Perkara 6(7) itu merujuk kepada keadaan apabila parti politik memenangi majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), pemimpin parti terbabit dianggap menguasai majoriti. 

“Namun sebaliknya, jika tiada parti menguasai majoriti atau lebih 50 peratus kerusi dalam DUN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah akan memilih seorang ahli Dewan yang difikirkannya mendapat kepercayaan majoriti mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri,” katanya. 

Sebagai contoh, Masidi berkata, takrifan ‘majoriti’ menerusi kes Tan Sri Musa Aman lawan Tun Juhar dan Anor [2019] 10 MLJ 329 di Mahkamah Tinggi dengan merujuk muka surat 345 dalam perenggan [28] dan [29]. 

Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yew Jen Kie menyatakan bahawa ‘majoriti’ tidak bermaksud ‘kerusi terbanyak’, tetapi lebih daripada 50 peratus kerusi dalam DUN.

“Jen Kie menyatakan bahawa Perkara 6(7) tidak akan terpakai melainkan sebuah parti politik berjaya memenangi lebih 50 peratus kerusi DUN dalam pilihan raya umum dan ia tidak berlaku pada 2018 (Pilihan Raya Umum ke-14).

“Pada PRU-14, tiada satu parti pun memenangi lebih daripada 50 peratus kerusi DUN dan oleh itu Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah tidak terpakai.

“Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Datuk Yew Jen Kie dalam Tan Sri Musa Aman lawan Tun Juhar & Anor [2020] 3 MLJ 49 seperti dinyatakan dalam muka surat 56, perenggan [17],” katanya.

Selain itu, beliau berkata, ketika Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) pada 2020 juga menyaksikan tiada parti politik memenangi lebih 50 peratus daripada 73 kerusi DUN dipertandingkan.

Sehubungan itu, berikutan tafsiran Perkara 6(7) oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Masidi menegaskan, Tuan Yang Terutama pertama sekali akan memerhatikan bahawa tiada parti politik memenangi lebih daripada 50 peratus kerusi DUN dan dengan itu mengabaikan Perkara 6(7) sebagai tidak terpakai.

“Tuan Yang Terutama kemudiannya menjalankan kuasanya dengan betul di bawah Perkara 6(3) dan melantik Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

“Oleh itu, Datuk Seri Hajiji Noor secara perlembagaan sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengikut undang-undang dan mandat demokrasi rakyat Sabah,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan