web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Sabah Tak Setuju DUN Bubar, Kekal Sokong Hajiji

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 4:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak akan menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri melalui cara ‘pintu belakang’ seperti pernah dilakukan Perikatan Nasional (PN).  

Perkara itu disuarakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah menerusi kenyataan bersama yang turut tidak bersetuju DUN dibubarkan hanya disebabkan kemelut politik berterusan di negeri berkenaan.

Mereka turut menyatakan kekesalan apabila Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.

“Kami mengulangi pendirian sebelum ini bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara ‘pintu belakang’.

“Malah, kami tidak bersetuju DUN dibubarkan sekiranya kemelut ini berterusan dan kedudukan DUN buat masa ini tergantung (kerajaan negeri tergantung),” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan ADUN Api-api, Datuk Christina Liew; ADUN Tanjung Papat, Datuk Poon Fung Ming; ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick; ADUN Kapayan Jannie Lasimbang; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe; ADUN Likas, Tan Lee Fatt dan ADUN Inanam, Peto Galim.

Semalam, BN Sabah secara rasmi menamatkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), susulan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor didakwa kehilangan ‘locus standi’ sebagai Ketua Menteri.

Bung berkata demikian selepas mendakwa Hajiji yang juga Pengerusi GRS, melanggar perjanjian dimeterai kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, ia termasuk pemecatan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd dan ugutan ingin merombak Kabinet tanpa merujuk kepada bloknya.

Pada masa sama, Bung Moktar berkata, kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri bercanggah dengan perlembagaan kerana tidak memenuhi syarat undang-undang, seperti dinyatakan di bawah Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) perlembagaan negeri.

Ujarnya, Hajiji sudah hilang legitimasi kerana tidak menyertai parti selepas meninggalkan BERSATU.

Selain itu, tujuh ADUN Sabah berkenaan menegaskan mereka tetap komited memberi sokongan terhadap Hajiji yang juga ADUN Sulaman.

“Ini adalah selari dengan prinsip kami untuk memastikan kestabilan politik terus mantap di Sabah dan tidak terlibat dalam tindakan seperti ‘Langkah Sheraton’.

“Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat Persekutuan,” katanya.  

Mereka berkata, seharusnya pemimpin Sabah ketika ini memfokuskan kepada usaha memastikan matlamat perjuangan membantu rakyat dan membangun ekonomi di negeri ini dilaksanakan.

“Pemimpin Sabah juga perlu bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) direalisasikan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami berdoa agar kemelut politik akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat Sabah terus dibela dengan sokongan ini,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan