web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Shahelmey, Kini Giliran Jasnih Bantah Tindakan Guling Hajiji

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00PM

Jasnih Daya - Gambar dari Facebook Jasnih Daya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Di tengah-tengah krisis politik melanda negeri ini, seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah menentang tindakan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

ADUN Pantai Dalit, Jasnih Daya, yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata beliau menyedari kesannya tetapi bersedia menerima tindakan atau pemecatan daripada UMNO.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jasnih mendakwa, beliau sekali lagi diminta oleh pemimpin BN Sabah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pertukaran kerajaan, namun beliau enggan.

Beliau berkata, SD itu adalah untuk menukar kerajaan GRS-BN ketika ini kepada BN-Warisan yang bakal menyaksikan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Menteri.

“Saya telah membuat keputusan untuk tidak menyokong perubahan kerajaan kerana beberapa faktor, dilihat dari sudut profesional dan peribadi saya.

“Saya akan terus menyokong kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor selagi saya menjadi ADUN Pantai Dalit,” katanya.

Jasnih berkata, beliau tidak akan mengubah pendirian atau bersekongkol dengan Warisan yang dicabarnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

“Saya percaya Hajiji telah memberi 100 peratus kepada rakyat di negeri ini, dan berhak mendapat peluang untuk terus berkhidmat yang berbaki dua tahun lagi.

“Kita hanya hidup sekali, dan saya membuat keputusan ini bukan sahaja untuk melindungi prinsip saya tetapi juga maruah keluarga dan bangsa saya.

“Sebelum saya disingkirkan daripada UMNO, saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap sokongan mereka dalam UMNO yang menjadikan saya Timbalan Ketua Bahagian Tuaran, dan saya berharap Allah melindungi kita semua,” katanya.

Jasnih adalah wakil rakyat BN kedua yang secara terbuka menentang langkah BN Sabah untuk membentuk kerajaan baharu.

Awal hari ini, ADUN Tg Keramat, Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah turut membantah tindakan menggulingkan GRS.

GRS kini mendapat sokongan 34 ADUN dengan 29 daripadanya adalah pemimpin parti itu dan lima ADUN BN yang tidak bersetuju dengan keputusan Bung untuk keluar daripada gabungan GRS-BN.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi, dan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 40.

Sumber memberitahu The Vibes, GRS boleh memperoleh sehingga 36 kerusi dengan sokongan ADUN parti yang lebih kecil, menjadikannya seri 36 kerusi dengan kumpulan Bung yang mempunyai 13 ADUN BN, Warisan 19, KDM tiga dan Bebas (1).

Ini menjadikan tujuh ADUN Pakatan Harapan sebagai king maker, tetapi kesemua mereka telah mengeluarkan kenyataan untuk terus menyokong Hajiji demi kestabilan politik. - The Vibes, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki