web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Umum Jika Mahu Bertanding Jawatan Presiden UMNO - Isham

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 3:23PM

Isham Jalil berkata naratif bahawa UMNO tidak mahu dua jawatan itu dipertandingkan adalah fitnah yang sengaja dicetuskan bagi menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan tertinggi parti - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mencabar mana-mana pemimpin untuk membuat pengesahan dengan segera sekiranya mahu mencabar jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

Beliau berkata, parti tidak pernah menghalang mana-mana ahli UMNO atau meminda perlembagaan agar jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Katanya, naratif bahawa UMNO tidak mahu dua jawatan itu dipertandingkan adalah fitnah yang sengaja dicetuskan bagi menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan tertinggi parti.

“Kita tiada halangan, siapa nak bertanding jawatan tertinggi iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden (UMNO) saya cadangkan mereka umum awal. Nak sorok buat apa, adalah lebih elok diumumkan segera.

“Ramai usul agar presiden, timbalan presiden itu tidak dicabar demi mengelakkan huru-hara di masa kritikal ini. Kita pun tidak menghalang kerana takkan tak mahu letak pencabar terhadap presiden, itu tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat laman media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Isham berkata, pihaknya hairan mengapa pelbagai pihak mempertikaikan keputusan UMNO untuk tidak mempertaruhkan jawatan presiden sedangkan perkara sama turut dilakukan PAS.

“Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga sokong dua jawatan itu tidak dipertandingkan. Bukan kita halang, namun ini persefahaman antara mereka seperti PAS juga yang pernah jawatan presiden dipegang Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dicabar.

“Kalau PAS boleh buat, kenapa kita tidak boleh melakukannya, tapi kita sudah nyatakan banyak kali dalam kenyataan, kita tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk bertanding. Kalau nak cabar jawatan itu, bagitahu awal sebab tinggal tiga atau empat bulan dari sekarang untuk pemilihan dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang pejuang dan tidak gentar jika kedudukannya sebagai Presiden dicabar pada pemilihan parti akan datang.

Khairy yang mengulas sokongan 140 Ketua Bahagian supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan berkata, UMNO seharusnya membuka ruang untuk pertandingan bagi mengekalkan demokrasi dalam parti politik Melayu itu.

Mengulas lanjut, Isham yang juga Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO berkata, tindakan 140 ketua bahagian tersebut adalah petanda bahawa mereka enggan melihat perkara tidak diingini berlaku pada pemilihan parti kelak.

"Saya melihat ini sebagai inisiatif yang dibawa ketua-ketua bahagian, sebab mungkin mereka tak mahu pada masa kritikal ini, akan menghuru-harakan UMNO.

"Ini masa kritikal sebab kita baru sertai kerajaan perpaduan dan kerajaan ini masih rapuh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pendedahan Ahmad Zahid pada taklimat semalam, Isham berkata, ia adalah acara tertutup.

Ahmad Zahid pada taklimat tersebut mendedahkan, terdapat 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berhubung gesaan pelbagai pihak supaya menyingkirkan pengkhianat daripada parti, beliau menjelaskan, sebarang tindakan perlu melalui proses yang ditetapkan.

"Sesiapa ada masalah disiplin, pertama, kita akan siasat sebab jika kita nak singkir sesiapa, kita tak main pecat begitu sahaja. Ada jawatankuasa disiplin.

"Proses itu penting. Kalau betul ada masalah disiplin, sabotaj parti, mereka akan melalui proses itu," katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok