web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akan Wujud Lebih Banyak Kem Jika Pemilihan 2 Jawatan Tertinggi UMNO Dilakukan’ - Akar Umbi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 2:56PM

Perpecahan lebih besar dijangka berlaku di dalam UMNO sekiranya pimpinan tertinggi parti itu membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO bergabung bagi membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai inisiatif bijak, dan mampu memberi nafas baharu kepada parti.

Usul beberapa perwakilan ketika perbahasan agar jawatan Presiden dan Timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan turut menerima sokongan ahli akar umbi, yang menyifatkan pengukuhan parti perlu dilaksanakan demi mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Veteran UMNO, Salleh Shafie, 75 berkata, perpecahan lebih besar dijangka berlaku di dalam UMNO sekiranya pimpinan tertinggi parti itu membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, pada pemilihan yang dijangka Mei nanti.

Menurut beliau, situasi semasa ketika ini memerlukan UMNO bersatu agar parti dapat diperkukuh demi menarik semula hati masyarakat untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Salleh Shafie - Gambar oleh Aiman Sadiq
Salleh Shafie - Gambar oleh Aiman Sadiq

“Dua jawatan penting itu jika dipertandingkan akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ini sebenarnya waktu untuk UMNO bersama di samping mencari solusi dalam menarik hati rakyat.

“Saya yakin kalau dibuat pemilihan, akan wujud lebih banyak kem dalam UMNO yang akan memberi kesan buruk, termasuk menyebabkan UMNO jadi tak kuat dan lebih banyak pemimpin parti akan berpecah belah,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pada masa sama, beliau meyakini ahli akar umbi akur dengan keputusan parti untuk bersama Pakatan Harapan (PH) di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau tidak bergabung (bersama kerajaan perpaduan), UMNO boleh lenyap, seharusnya perkara ini tidak dijadikan polemik politik dalam parti kerana gabungan ini adalah titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Seharusnya, cari jalan bagaimana parti boleh membantu kerajaan perpaduan untuk menjadikan pemulihan ekonomi dan hak kebajikan rakyat sebagai agenda utama UMNO tanpa bermain politik,” katanya.

Dalam pada itu, Yaacob Abdul Ghani menyatakan pendapat senada dan turut meyakini bahawa PH, khususnya DAP tidak akan berani mengubah prinsip sehingga menyebabkan kaum Melayu tertindas.

“Bagi saya buat masa ini DAP tidak akan mengganggu UMNO kerana mereka menghormati dasar dan agenda yang telah menjadi agenda atau objektif parti,

“Pada masa sama, hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam, bahasa Melayu serta Institusi Raja-Raja tidak akan terjejas seperti mana yang berlaku ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan,” katanya.

Yaacob Abdul Ghani - Gambar oleh Aiman Sadiq
Yaacob Abdul Ghani - Gambar oleh Aiman Sadiq

Yaacob yang sudah dua hari mengikuti Perhimpunan Agung UMNO (PAU) turut mengharapkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan demi kestabilan parti.

“Seharusnya memang tidak perlu dipertandingkan sebab kalau ada pemilihan dua jawatan tersebut, akan ada persaingan yang hebat sehingga permuafakatan ahli UMNO akan tercalar. 

“Justeru, sebagai ahli akar umbi saya mengharapkan agar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kena ditangguhkan pada pemilihan UMNO tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Sallehuddin Ahmad, 70 pula berkata, gabungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dilihat mampu menerajui parti dalam landskap politik pasca PRU-15.

Sallehuddin Ahmad - Gambar oleh Aiman Sadiq
Sallehuddin Ahmad - Gambar oleh Aiman Sadiq

“Beri peluang pada top 2 untuk memimpin parti yang berjaya bersama buat kali pertama dengan PH bagi memenuhi agenda pengukuhan parti yang sudah berusia lebih 70 tahun.,Pemilihan dua jawatan penting itu nanti akan menjadikan UMNO rosak.

“Biasanya bila dah ada yang ramai bertanding calon Presiden dan Timbalan Presiden, akan ada kempen dilakukan dan platform inilah nanti akan wujudnya perpecahan demi semata-mata menjatuhkan lawan walaupun sesama ahli UMNO.

“Adalah langkah terbaik UMNO bersama kerajaan perpaduan kerana kepimpinan mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan bersama PH,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan