web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akaun BERSATU Dibeku: Kerajaan Perpaduan Guna SPRM Untuk Bunuh Parti - Hamzah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Feb 2023 8:37PM

Hamzah berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kesal dengan tindakan Kerajaan Perpaduan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘senjata politik’ bagi membunuh parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, bagaimanapun pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam kes pembekuan akaun bank parti tersebut yang dilaksanakan suruhanjaya itu.

Menurutnya, parti berkenaan terbuka untuk disiasat bagi membuktikan wang dimiliki BERSATU adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan rasuah.

“BERSATU melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka, bagi membunuh kredibiliti BERSATU dan PN.

“BERSATU akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat itu dapat dihentikan segera.

“Pemimpin dan pegawai parti yang dipanggil memberi keterangan kepada SPRM juga sudah diarah memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, BERSATU dapat menerima alasan bahawa langkah diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan suruhanjaya terbabit, berhubung fitnah dilemparkan kepada parti berkenaan.

Katanya, kerjasama itu juga dilihat mampu menghentikan segera fitnah jahat dilempar kerajaan terhadap pembangkang.

“Kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.

“BERSATU sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli dan pemimpin parti di semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian serta fitnah ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah membekukan beberapa akaun BERSATU.

Jelasnya, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengesahan beliau itu dibuat susulan laporan media bahawa beberapa akaun milik parti dipimpin Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri dibeku.

Laporan itu mendakwa, pembekuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana pakej rangsangan berjumlah RM92.5 bilion, disalurkan kerajaan PN susulan COVID-19. - 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan