web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun Faisal Bakal Sertai PN? ‘Ada Yang Mengajak, Tapi...’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 8:05PM

Walaupun masih baru ‘bercerai’ dengan parti disayanginya itu, Tun Faisal Ismail Aziz mendedahkan masih berminat untuk menyertai parti berorientasikan kaum Melayu Islam - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dipecat daripada UMNO pada Selasa lalu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz terbuka berkongsi cerita mengenai hala tujunya selepas ini.

Walaupun masih baru ‘bercerai’ dengan parti disayanginya itu, mantan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya berkenaan mendedahkan masih berminat untuk menyertai parti berorientasikan kaum Melayu Islam.

Tanpa menamakan parti bakal disertainya, Tun Faisal yang juga mantan Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa itu memberi bayangan akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Saya mempunyai prinsip, negara tidak memerlukan terlalu banyak parti Melayu Islam kerana ideanya sama iaitu untuk memperjuangkan kedudukan umat Islam dan orang Melayu serta perkara tertentu dalam Perlembagaan.

“Saya berpendirian jika mahu kuatkan orang Islam dan Melayu, kena ada usaha untuk bersatu. Sudah berapa lama kita berpecah belah sejak daripada UMNO sehingga PAS keluar, tertubuhnya Semangat 46 disertakan dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Getaran di sini, hari ini.

Tun Faisal menyangkal dakwaan mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin bahawa lebih ramai pemimpin parti itu akan mengikut jejak langkah beliau untuk menyertai PKR
Tun Faisal menyangkal dakwaan mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin bahawa lebih ramai pemimpin parti itu akan mengikut jejak langkah beliau untuk menyertai PKR

Mengulas lanjut, Tun Faisal melahirkan kebimbangannya mengenai kewujudan terlalu banyak parti Melayu yang dikhuatiri akan menyebabkan kaum Melayu menjadi lebih lemah.

Atas alasan itu, katanya, beliau tidak akan menubuhkan parti baharu kerana bimbang semakin banyak perpecahan berlaku dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

“Ada (parti) yang mengajak, saya terbuka perkara itu namun untuk menubuhkan atau menyertai parti baharu tidak pernah terlintas di fikiran saya. Ada pelbagai platform serta kapasiti seperti menyertai parti sedia ada atau boleh menyertai gabungan bukan kerajaan (NGO).

“Bagaimanapun, setakat ini saya akan berehat dahulu sebab sebelum ini masa saya terlalu ditumpukan kepada kerja dalam kerajaan. Mungkin ini masanya untuk saya berehat sebelum meneruskan semula perjuangan,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Faisal menyangkal dakwaan mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin bahawa lebih ramai pemimpin parti itu akan mengikut jejak langkah beliau untuk menyertai PKR.

“Saya rasa dari segi DNA orang UMNO nak masuk PKR macam ada sesuatu tidak kena. Mereka lebih sesuai menyertai BERSATU, PAS atau Gerakan Tanah Air (GTA). Namun PKR serta DAP macam ada kontra. Saya tidak faham kenapa Zahidi boleh kata begitu.

“Namun, saya setuju lebih ramai akan keluar daripada UMNO, khususnya mereka yang tiada jawatan dan hanya menyokong UMNO. Sekarang ini mereka sudah ada alternatif (parti lain), kalau dahulu marah dekat parti, paling kuat akan mogok tidak keluar undi atau buat undi rosak. Sekarang ini, mereka boleh pangkah parti dalam PN,” katanya.

Pada masa sama, Tun Faisal juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding mewakili parti lain atau sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri tahun ini, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Malah katanya, beliau kini sedang menilai setiap tawaran yang diterima selepas ‘tragedi hitam’ menimpanya.

Namun Tun Faisal mengakui beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap tawaran itu sebelum membuat keputusan sewajarnya.

Tun Faisal dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 31 Januari lalu dan beliau menerima surat pemecatannya hanya melalui aplikasi WhatsApp
Tun Faisal dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 31 Januari lalu dan beliau menerima surat pemecatannya hanya melalui aplikasi WhatsApp

“Perkara itu (bertanding PRN) kena tengok kepada kesesuaian masa dan keadaan, saya tak tutup pilihan itu kerana ketika ini saya kasihan kepada UMNO. Rakan yang tinggal dalam UMNO ini saya rasa mereka nak bawa perubahan… lawan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun tidak boleh dilakukan.

“Justeru, saya akan terus mengkritik Presiden UMNO agar orang sedar tindakan beliau merugikan parti, kerana penolakan rakyat terhadap parti dan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan Ahmad Zahid,” katanya.

Terdahulu, Tun Faisal dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 31 Januari lalu dan beliau menerima surat pemecatannya hanya melalui aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan surat itu, dimaklumkan bahawa pemecatan beliau dibuat berkuat kuasa serta-merta selepas ia diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 5 Januari dan Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat berikutan Tun Faisal didapati melanggar etika ahli UMNO berdasarkan Perlembagaan parti.

Tun Faisal yang sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan UMNO berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat rayuan kerana mendakwa MKT dan Presiden tidak terbuka menerima kritikan.

Namun beliau menegaskan kritikan yang dilakukannya selama ini bukanlah terhadap UMNO itu sendiri namun lebih kepada kepimpinan dan individu. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki