web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 4:31PM

Ismail Sabri Yaakob akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau hendak bersara daripada politik, sebaliknya menegaskan akan terus aktif dalam dunia politik selaku Ahli Parlimen Bera, walaupun tidak lagi bergelar naib presiden UMNO.

Ismail Sabri berkata beliau juga, akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding, apabila dimaklumkan Setiausaha UMNO Bera bahawa dirinya merupakan calon tunggal untuk jawatan itu, selepas tiada pencalonan lain diterima apabila tempoh pencalonan ditutup pada 5 petang, 26 Februari.

“Saya masih Ahli Parlimen Bera, jadi saya akan terus menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian... jadi tiada sebab untuk saya nak bersara. Saya tidak pernah kata hendak bersara, cuma saya beri bayangan yang saya tidak  bertanding sebagai Naib Presiden,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Latih Amal Bera 2023 di Bera Waterfront di sini hari ini, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melibatkan latihan menyelamat semasa banjir, yang disertai 70 wakil agensi penyelamat dan ketua komuniti setempat sekitar daerah itu.

Walaupun difahamkan beliau telah menang tanpa bertanding, Ismail Sabri berkata beliau akan menunggu keputusan muktamad daripada Ibu Pejabat UMNO, mengenai keputusan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.

Mengulas jika beliau akan membuat kemunculan semula dalam apa-apa jawatan tertinggi parti pada masa depan atau terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ismail Sabri berkata ia akan ditentukan oleh masa.

“Lima tahun masa yang panjang. Saya sudah tua pada waktu itu... sudah 68 tahun. Pada sesetengah orang usia 68 masih muda dan ada orang berasa tua. Tengoklah...  (Untuk bertanding PRU), saya sudah melahirkan pemimpin muda di Bera. 

“Kalau mereka tunjukkan prestasi dengan baik, saya tiada masalah untuk memberi laluan kepada mereka. Lima tahun tempoh yang panjang, apa-apa boleh terjadi... kita tunggu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad