web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wan Saiful 'Syok Sendiri', Tuduh Anwar Pendendam Kuku Besi Tidak Berasas

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:40PM

Lee Chean Chung berpendapat kenyataan Wan Saiful Wan Janbahawa sasaran utama kerajaan kini adalah untuk melumpuhkan PN agar tiada semak dan imbang tidak tepat sama sekali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pendendam dan kuku besi, dianggap sekadar meraih simpati. 

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, ia adalah serangan tidak berasas dan bersifat peribadi yang tidak sesuai ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Beliau berpandangan, tuduhan itu ‘dicipta’ selepas Wan Saiful didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta, tahun lalu.

“Kenyataan (Wan Saiful) bahawa sasaran utama kerajaan kini adalah untuk melumpuhkan PN agar tiada semak dan imbang juga, tidak tepat sama sekali. 

“Ini kerana pelbagai usaha seperti memperkasakan Dewan Rakyat, mengharamkan perolehan tanpa tender, rancangan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Pendaaan Politik adalah bertujuan memberikan semak imbang kepada kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Lee Chean Chung - Gambar Fail
Lee Chean Chung - Gambar Fail

Semalam, Wan Saiful berkata, pendakwaan terhadap beberapa pemimpin PN membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seorang reformis, sebaliknya pendendam dan mentadbir secara kuku besi. 

Menerusi kenyataan, beliau mendakwa, target utama Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah untuk melumpuhkan PN agar tiada semak dan imbang dilaksanakan di negara ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut mengingatkan bahawa Anwar yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salah guna kuasa, kini mengulangi sikap sama. 

Sehubungan itu, Chean Chung yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya, memberi amaran agar Wan Saiful tidak sesekali menggunakan nama semak dan imbang untuk menutup kes bakal dibicarakan di mahkamah. 

Pada masa sama, beliau menyelar kenyataan Wan Saiful kononnya pembangkang menjadi sasaran utama Kerajaan Perpaduan agar proses semak dan imbang tidak boleh dilaksanakan. 

“Itu mengarut. Saya mendapati bahawa rata-rata Ahli Parlimen PN, BERSATU, PAS tidak berminat untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang membina dan efektif. 

“Mereka sering kali mengulangi kenyataan mengelirukan dan kemudian meminta maaf dalam dewan. Mereka memburukkan kerajaan tanpa merujuk kepada buku belanjawan,” katanya. 

Chean Chung berkata, kehadiran pembangkang juga kurang memberangsangkan walaupun Perdana Menteri berada dalam Dewan Rakyat untuk menjawab soalan Ahli Parlimen.

Jelasnya, PN turut gagal membentangkan belanjawan alternatif untuk menunjukkan bahawa gabungan itu adalah blok yang mampu menawarkan dasar tambahan kepada rakyat.

“Memandangkan Wan Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU, saya berharap agar individu baru yang pegang jawatan itu, jangan menyalahgunakan nama pembangkang lagi. 

“Hanya semata-mata untuk membela diri sekiranya terdapat sebarang kes rasuah ataupun penyelewengan,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok