web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Noraini Dahului Shahrizat, Along Selesa Tinggalkan 5 Pencabarnya

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:55PM

Setakat jam 9.45 malam, Noraini Ahmad mendahului dengan 24 undi, manakala Shahrizat Jalil memperoleh 19 undi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kekal mendahului pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti bagi jawatan tersebut.

Setakat jam 9.45 malam, Noraini mendahului dengan 24 undi, manakala Shahrizat memperoleh 19 undi.

Dalam tempoh lebih tiga jam keputusan disiarkan di Facebook UMNO Online, persaingan membabitkan kedua-dua pemimpin itu kelihatan sengit.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memegang jawatan orang nombor satu itu selepas memenangi pemilihan sayap UMNO berkenaan pada 2018.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pula memutuskan untuk kembali ke gelanggang, selepas mendakwa mendapat gesaan dalam kalangan pemimpin Wanita akar umbi.

Bagi pemilihan jawatan Naib Ketua Wanita, penyandangnya, Datuk Norliza Abdul Rahim terus mendahului dengan selesa.

Norliza memperoleh 28 undi, jauh meninggalkan pencabarnya, penyandang Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Rosni Zahari yang mendapat 15 undi.

Sementara itu, penyandang Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi masih mendahului persaingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO setakat ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along, mendahului dengan 43 undi.

Beliau meninggalkan lima calon lain termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang memperoleh 23 undi.

Empat calon lain ialah penyandang Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Masliha Harun, Fadwah Anuwar dan Nurul Hazwani Haslan.

Dalam pada itu, anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najib yang menjadi antara calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Puteri UMNO dipintas Nurul Syifaa Mohd Ridzwan Goh.

Nurul Syifaa memperoleh 76, manakala Nooryana, 75 – Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan