web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MKT UMNO Mohon Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Terhadap Najib

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 6:22PM

Najib Tun Razak - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi pengampunan penuh terhadap Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan itu selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung kes  SRC International Sdn Bhd.

“MKT mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan dalam kalangan ahli UMNO di peringkat akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil.

“Ia seiring dengan kenyataan penghakiman dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan, bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas serta dilepaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau lagi, MKT turut menerima memorandum dari 191 Bahagian termasuk Wanita dan Sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO menuntut pembelaan terhadap Najib.

Susulan itu, katanya, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta dengan Memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Dengan keputusan dalam usaha terakhir mantan Perdana Menteri itu, bermakna beliau akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya melainkan mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhirnya oleh panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Tuan Maimun Tuan Mat pada pada 23 Ogos tahun lalu dan jika dibenarkan, memohon perintah supaya dibebaskan atau secara alternatif, rayuan akhirnya didengar panel lain.

Dalam keputusan majoriti 4-1 itu, panel membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.

Keputusan berkenaan dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, yang turut disokong Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Abdul Rahman ialah hakim tunggal yang membuat keputusan menentang.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata, Najib wajar dibebaskan kerana beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Tegas beliau, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Sementara itu, Asyraf berkata, Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung hari ini turut menetapkan Perhimpunan Agung UMNO bagi 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun depan. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Sedia Pertimbang Terima Semula Bekas Ahli Yang Disingkirkan – Jalaluddin

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Yang Di-Pertuan Agong Miliki Kuasa Pengampunan Mengikut Perlembagaan

3

Politik 9 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

1MDB: Mohd Irwan Beritahu Mahkamah 'Kedengaran Seperti' Suara Najib Dalam Rakaman Audio

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan