web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB: Mohd Irwan Beritahu Mahkamah 'Kedengaran Seperti' Suara Najib Dalam Rakaman Audio

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 8:38PM

Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan) - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa salah satu daripada suara di dalam empat klip audio yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 'kedengaran seperti’ suara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata demikian seelepas empat klip audio dimainkan di mahkamah hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam perbicaraan Najib yang berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Beliau berkata dua daripada suara dalam rakaman audio itu dipercayai perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah.

Dalam satu lagi klip audio, Mohd Irwan turut mengenal pasti bahawa salah satu suara dalam audio itu adalah suara bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.

Sementara itu semasa permeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata beliau tidak pasti sekiranya suara di dalam rakaman audio itu adalah suara Najib, kerana beliau tidak berada di tempat itu semasa perbualan berlangsung.

Muhammad Shafee: Selepas mendengar rakaman itu, bolehkah anda mengatakan bahawa ini adalah palsu?

Mohd Irwan: Saya tidak boleh kata apa-apa, kerana saya bukan pakar.

Terdahulu hari ini, Hakim Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima empat rakaman audio itu sebagai bukti.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memohon supaya rakaman audio diterima untuk identifikasi dalam perbicaraan, bagi menyangkal hujah pembelaan bekas perdana menteri, bahawa wang yang masuk ke akaun bank peribadinya adalah derma.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa rakaman audio perbualan yang didakwa antara Najib dan seorang pemimpin dari Timur Tengah adalah sangat relevan untuk menyangkal pembelaan tertuduh.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 7 Julai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan