web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Kenyataan Provokasi, Tony Pua Perlu Dikenakan Tindakan - Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 12:40PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan pusat DAP perlu mengambil tindakan ke atas mantan Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua atas serangan dibuatnya semalam terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, provokasi dilakukan Pua itu boleh mengakibatkan segala keharmonian dan persefahaman yang dibentuk di bawah panji Kerajaan Perpaduan tergendala di tengah jalan.

Menurut beliau, Pua harus sedar bahawa kenyataan dibuatnya itu sedang merobek keharmonian dan kesepaduan Kerajaan Perpaduan, yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.

“Tindakan biadab Tony Pua yang menggelar BN sebagai Pakatan Korup mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO.

“Pentadbiran BN yang beliau gelar sebagai Pakatan Korup telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi mampan dan di bawah BN juga, Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tegas Dr Muhamad Akmal, ia termasuk kejayaan BN meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion, selain usaha memperkasa Aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion.

BN juga katanya, berhasil memberi pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang meningkat dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan lonjakan rizab tunai PETRONAS dari RM30 bilion kepada RM174 bilion. 

“Tony Pua perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana  beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara. 

“Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang,” katanya.

Bidas beliau, zaman gelap negara berlaku apabila Pua dilantik sebagai Penasihat kepada Lim Guan Eng yang menyandang portfolio Menteri Kewangan, sehingga kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika itu rebah dalam tempoh 22 bulan.

“Beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutang negara meningkat secara mendadak. 

“Ini belum dikira dengan kejatuhan nilai matawang ringgit akibat tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara,” katanya, berang.

Pua, bekas Setiausaha Publisiti DAP pada satu majlis malam tadi melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai satu gabungan korup, sebaris dengan BERSATU yang berada di bawah blok Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dibuat sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pua berkata, Pakatan Harapan (PH) selepas ini diharapkan dapat membentuk kerajaan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada BN dan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Atas faktor ini jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah jentera PH lebih cemerlang dan tidak korup berbanding BN. - Getaran, 24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 5 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi