web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rekod Buruk Di 3 Negeri, Rakyat Selangor Pasti Tolak PN - Agus

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:23PM

Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pengundi Selangor menolak ekstremisme dan politik ketaksuban - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Selangor diyakini tidak akan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti berdasarkan rekod pentadbiran gabungan terbabit di tiga negeri.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pengundi Selangor menolak ekstremisme dan politik ketaksuban.

Menurut beliau, penduduk negeri itu tidak lagi boleh diracuni dengan sentimen Melayu-Islam.

“Pemimpin dan penyokong PN yakin akan menang di Selangor. Hujah mereka tertumpu pada isu agama dan kaum, iaitu rakyat tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan yang mengabaikan kepentingan Islam dan Melayu. 

“Apa yang diabaikan tidak dinyatakan, melainkan hasutan bahawa kedudukan Melayu dan Islam terancam kerana DAP ada bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Agus, PN untuk mengukuhkan hujah mereka mendakwa, kemenangan gabungan tersebut ke atas enam kerusi Parlimen Melayu di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah kerana sokongan kaum berkenaan, termasuk di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

“Dengan keyakinan bahawa pengundi Melayu akan terus mengundi PN dalam PRN ini, maka mereka meramalkan PN akan menang di 33 kerusi DUN Selangor yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu,” katanya.

Tambah beliau, PN juga yakin mereka bakal memperoleh kemenangan kerana menawarkan calon yang tiada kes mahkamah, profesional dan berpengalaman. 

“Siapakah calon itu (yang) tidak dinamakan? Usahkan hendak menamakan calon, poster boynya pun belum berani dinamakan. Ini kerana PN sebenarnya tidak mempunyai calon MB atau “poster boy” yang berwibawa,” katanya, sinis.

Agus berkata, keyakinan PN untuk menang juga kerana didorong kerjasama yang terjalin antara PAS, BERSATU dan GERAKAN.

“Mereka mendakwa gabungan berkenaan lebih harmoni berbanding Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN).

“Mereka juga menyatakan UMNO dan PH berebut kerusi dan UMNO tidak mempunyai pemimpin di Selangor,” katanya.

Membidas dakwaan itu, Agus memberitahu, PN sebenarnya jelas tidak memahami budaya politik kaum Cina apabila mereka mendakwa berjaya mendapatkan sokongan padu kaum berkenaan.

“PN kata sokongan masyarakat Cina sudah beralih kepada mereka kerana golongan itu tidak berpuas hati dengan DAP.

“PN tidak faham budaya politik orang Cina. Dengan sikap anti-Cina orang PN, jikapun mereka (kaum Cina) menolak PH-BN, mereka lebih sanggup tidak keluar mengundi daripada mengundi PN,” tegasnya.

Agus menjelaskan, gelombang hijau yang dikatakan dibawa blok pembangkang itu sebenarnya sudah lama menyusut dengan teruk.

“Dalam PRN ini, pengundi Selangor sedar negeri mereka adalah kubu terpenting Kerajaan Perpaduan yang perlu dipertahankan. Mereka sedar pemimpin yang mempunyai rekod baik dan cemerlang mentadbir Selangor ialah (Datuk Seri) Amiruddin Shari, MB (Menteri Besar) sekarang. Tiada korupsi, seleweng, atau salah guna kuasa yang merugikan negeri.

“Bagi pengundi Selangor, pesan saya satu. Mari kita bersatu hati dalam PRN ini untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Inilah kerajaan yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada masa depan negara,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

Politik 4 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad