web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Portfolio, Jawatan Dalam Parti Bukan Penentu Dipilih Jadi Calon BN - Mahdzir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 9:38PM

Mahdzir Khalid berkata, parti telah menetapkan bahawa antara kriteria yang perlu diberi perhatian ialah calon mesti dikenali dan diterima oleh ahli parti serta masyarakat setempat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -  Portfolio atau jawatan disandang dalam parti bukan kriteria utama yang akan menjamin seseorang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, khususnya di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti telah menetapkan bahawa antara kriteria yang perlu diberi perhatian ialah calon mesti dikenali dan diterima oleh ahli parti serta masyarakat setempat.

Menurut beliau, kriteria tersebut amat penting bagi menjamin calon memperoleh sokongan padu, termasuk dari jentera pilihan raya.

“Sebab (faktor) calon itu sangat penting (untuk menang pilihan raya), jadi seseorang yang hendak dipilih sebagai calon mesti boleh diterima oleh masyarakat.

"Kalau orang itu boleh diterima (masyarakat), sama ada dia ada jawatan dalam parti atau tak ada jawatan dalam parti, kalau public boleh terima dia, kita tak ada halangan untuk mengemukakannya (sebagai calon BN)."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memperingati Genap Setahun Derita Rakyat Iboi di Baling, Kedah hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mahdzir menyatakan demikian ketika diminta mengulas proses pemilihan calon BN Kedah untuk bertarung di gelanggang PRN tidak lama lagi. 

Mengulas lanjut beliau berkata, BN juga mempunyai beberapa kriteria lain yang harus diambil kira untuk menentukan sama ada seseorang individu itu layak dinamakan sebagai calon.

Jelasnya, individu yang berasal dari sesuatu kawasan lain juga boleh diangkat sebagai calon sekiranya beliau dapat diterima masyarakat di kawasan itu dapat menerimanya dan mampu berkhidmat dengan baik.

"Orang itu kena ada di situlah untuk diterima oleh masyarakat. Kalau masyarakat pun tak kenal dia, ahli parti pun tak kenal dia, yang itu nanti akan ada masalah (untuk menjadi calon)," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, pengagihan kerusi PRN Kedah antara BN dan PH telah dimuktamadkan dan pengumuman berkaitan akan dibuat tidak lama lagi.

Mahdzir Khalid turut memberitahu, pembangunan semula Kampung Iboi memerlukan koordinasi antara semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri
Mahdzir Khalid turut memberitahu, pembangunan semula Kampung Iboi memerlukan koordinasi antara semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pembangunan semula Kampung Iboi memerlukan koordinasi antara semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Langkah itu katanya, bagi memastikan lokasi kejadian kepala air dan banjir lumpur yang menjejaskan kampung itu dan kawasan sekitar  setahun lalu dapat diselesaikan pada kadar segera.

“Wakil penduduk kampung memaklumkan terdapat 32 perkara yang belum diselesaikan di situ selepas tragedi 4 Julai tahun lalu.

“Tadi mereka membangkitkan ada perkara yang belum diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ada senarai yang dibacakan oleh wakil penduduk, jadi pada saya Jawatankuasa Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah mengambil perhatian tentang perkara ini,” katanya.

Mahdzir yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, berkata, perkara itu pada hematnya boleh diselesaikan jika ada kerjasama secara langsung daripada semua pihak berkaitan.

“Kerana tiada koordinasi antara kerajaan negeri dan Persekutuan, pembangunan yang dirancang termasuk peruntukan diluluskan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sehingga memberi kesan kepada penduduk.

"Kalau tak boleh selesai semua dalam masa tujuh bulan ini, mungkin boleh selesaikan dulu lapan atau sembilan perkara, kemudian selesaikan selebihnya," katanya.

Tambah beliau, kesemua perkara yang dikemukakan wakil penduduk itu akan diambil perhatian dan akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri dan juga kementerian berkaitan untuk tindakan segera.

"Jadi perkara ini kita ambil perhatian dan senarai itu kita akan bawa balik kepada kementerian-kementerian terbabit.

“Kita akan cuba tengok (bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita ada senarai daripada rakyat dan kita akan lihat keutamaan kalau beliau atau wakil menteri lain dapat datang," katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

"Buat Kerjalah Sanusi, Tak Perlu Sarkastik Sangat" - Mahdzir 

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Bertenang, Jangan Tuding Jari Kepada Sesiapa’ - Mahdzir 

3

Politik 1 tahun yang lalu

16 Kerusi Sudah Dalam Genggaman, ‘Nak Kejar 3 Kerusi Sahaja Lagi – Mahfuz 

4

Politik 1 tahun yang lalu

Gelombang PN Kedah Semakin Reda, Tok Det Yakin Mampu Beri Tentangan Sengit

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah