web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


16 Kerusi Sudah Dalam Genggaman, ‘Nak Kejar 3 Kerusi Sahaja Lagi – Mahfuz 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 8:11PM

Mahfuz Omar dan Mahadzir Khalid dalam sidang media di Alor Setar, Kedah hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tatkala banyak pihak meramalkan Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH-BN) merintis laluan sukar untuk menawan Kedah, lain pula pandangan Pengerusi PH negeri itu, Datuk Mahfuz Omar. 

Beliau dengan berani memberitahu, 16 kerusi diyakini sudah berada dalam genggaman dan gabungan terbabit hanya memerlukan baki tiga DUN untuk membentuk kerajaan baharu, sebaik Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir. 

Katanya, tambahan tiga kerusi tersebut bakal memberikan kemenangan majoriti mudah kepada PH-BN, sekali gus membolehkan mereka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah bagi mempersembahkan calon Menteri Besar. 

"Saya yakin 16 kerusi sudah dalam genggaman kami. Kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi. Saya berkeyakinan penuh tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini,” katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini. 

Sidang media terbabit turut dihadiri Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew. 

Mahfuz Omar (kiri) yakin 16 kerusi DUN sudah berada dalam genggaman PH-BN
Mahfuz Omar (kiri) yakin 16 kerusi DUN sudah berada dalam genggaman PH-BN

Enggan menamakan tiga kerusi berkenaan, Mahfuz yang juga calon DUN Alor Mengkudu itu berkata, ia tidak boleh didedahkan kerana margin yang kecil. 

Beliau menarik perhatian, PH-BN disifatkan mendapat bonus jika berupaya memenangi lebih daripada 19 kerusi. 

"Kita sedang usaha lonjak untuk dapat satu jumlah yang selesa, sebab kalau menang lebih daripada 19 kerusi, saya anggap itu satu bonus.  

“Kita tak perlu untuk kejar kepada satu jumlah yang sukar untuk bergerak, jadi kita bergerak hanya untuk tiga kerusi kerana 16 kerusi sudah ada, majoriti mudah (19 kerusi) itu sudah ada," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Mahdzir menepis dakwaan kononnya kerajaan Persekutuan akan berubah sekiranya kesemua PRN dimenangi blok pembangkang. 

Tegasnya, hakikat itu tidak mungkin akan terjadi kerana PRN tidak melibatkan kerusi dimenangi Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat. 

“Ia hanya percubaan untuk mengelirukan pengundi,” katanya. 

Mahdzir Khalid menafikan kerajaan Persekutuan akan berubah jika pembangkang memenangi semua PRN
Mahdzir Khalid menafikan kerajaan Persekutuan akan berubah jika pembangkang memenangi semua PRN

Kesal dengan dakwaan seumpama itu, beliau berkata, banyak tohmahan dan tuduhan palsu dilempar terhadap kerajaan Persekutuan, sedangkan pembaharuan dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dirasai di negeri yang pentadbirannya sama di peringkat Persekutuan. 

"Apa yang kerajaan Persekutuan umumkan seperti di bawah kluster ekonomi, pembangunan dan kebajikan sebenarnya sedang dilakukan, tapi kerana ia baru bergerak dalam lapan bulan ini, kesannya tidak dapat dilihat secara keseluruhan. 

"Di Kedah kalau kita dapat selarikan antara kerajaan Persekutuan dan negeri, maka faedah itu dapat dirasai lebih cepat sama seperti di negeri (ditadbir Kerajaan Perpaduan) dan kita boleh laksanakan dengan lebih baik lagi,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 2 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang