web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mulut Celupar Sanusi Undang Padah, MB Selangor Failkan Saman Fitnah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Aug 2023 9:48PM

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada majlis ceramah Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di Kampung Bahtera Gombak Permai baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Keceluparan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mengundang padah.

Kali ini beliau berdepan tindakan undang-undang difailkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

Menurut Amirudin, dakwaan dibuat Sanusi ketika menyampaikan ucapan pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra adalah satu fitnah yang amat ketara.

Saya telah meneliti ucapan Muhammad Sanusi di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.

“Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal nadir bumi (REE) yang terpalit ke atas beliau,” katanya hari ini.

Tegas beliau, Sanusi sehingga kini masih gagal menjawab semua pertuduhan berkenaan secara berfakta.

“Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut.

“Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lepas dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac lalu,” katanya.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, beliau telah berbincang dengan peguam berhubung perkara itu.

“Saya dan memulakan proses tindakan undang-undang pada kadar segera terhadap Sanusi,” katanya.

Pada acara tersebut, Muhammad Sanusi dalam ucapannya mendakwa, Amirudin terlibat skandal pembersihan Sungai Klang bersama Pengasas Kumpulan BERJAYA, Tan Sri Vincent Tan.

Ini ialah kali kedua Sanusi berdepan tindakan undang-undang dalam tempoh kurang sebulan.

Pada 18 Julai, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang.

Pendakwaan terbabit menyusul kertas siasatan yang dibuka ke atas Muhammad Sanusi sebelum ini, seperti diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi sidang media khas 13 Julai lalu.

Menurut Razaruddin, siasatan berkaitan kenyataan 3R (raja, agama, kaum) tersebut dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 4 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Politik 3 bulan yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'