web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maki Hamun Di Ceramah Politik Conteng Arang Kepada Agama - Mahfuz

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 5:37PM

Mahfuz Omar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sikap pemimpin tertentu yang kerap memaki hamun dan mencaci di pentas politik di sebalik penggunaan nama Islam pada parti dukungan mereka, tidak lebih daripada sekadar menconteng arang terhadap Islam yang merupakan agama rasmi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu secara tidak langsung mencemarkan institusi Islam hingga menimbulkan persoalan mengenai keluhuran dan kesucian agama, khususnya dalam kalangan komuniti agama lain.

"Golongan bukan Islam akan merasa hairan melihat bagaimana orang yang dikatakan ada tarbiyah dari parti Islam, boleh mengeluarkan perkataan sedemikian. Bukan saja melibatkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor malah kenyataan-kenyataan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilihat begitu keras dan agresif menyebabkan masyarakat tertanya-tanya mengenai bentuk Islam yang mahu dibawa. 

"Bagi saya pendekatan sebegitu sepatutnya dihentikan kerana hanya akan merosakkan nama serta menconteng arang kepada Islam. Tak wajar rasanya untuk pimpinan sebuah parti Islam mengeluarkan perkataan 'kepala bapak' dan kemudiannya menafsirkan itu sebagai satu pujian. Saya tak fikir ada ahli bahasa yang boleh bersetuju bahawa 'kepala bapak' itu satu pujian. Kalau disebut dalam Parlimen pun, perkataan itu tidak dibenarkan malah bagi saya mencemuh kemuliaan seorang ayah," katanya. 

Mahfuz Omar (kiri) di Majlis Rewang Rahmah Bubur Asyura di Kampung Alor Sekawan - gambar Rafisqi Radhi
Mahfuz Omar (kiri) di Majlis Rewang Rahmah Bubur Asyura di Kampung Alor Sekawan - gambar Rafisqi Radhi

Beliau yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu menyatakan demikian kepada Getaran ketika ditemui di Majlis Rewang Rahmah Bubur Asyura di Kampung Alor Sekawan di sini, hari ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Jitra malam tadi, membidas tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama Islam, namun dalam masa sama mengamalkan sikap mencerca dan memaki hamun terutamanya di pentas politik.  

Menurut Perdana Menteri, tindakan sedemikian bercanggah dengan seruan dakwah yang menyeru kepada kebaikan. 

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, rakyat seharusnya menilai sikap pemimpin tersebut dan bertanya sama ada mereka layak dijadikan ikon untuk i rdicontohi generasi akan datang. 

"Adakah akhlak dan adab sebegini yang wajar anak-anak kita contohi? Saya sendiri tak rela wariskan adab begini kepada anak cucu saya," katanya. 

Mahfuz Omar (dua kiri) berkata, pendekatan maki hamun ketika berceramah perlu dihentikan - gambar Rafisqi Radhi
Mahfuz Omar (dua kiri) berkata, pendekatan maki hamun ketika berceramah perlu dihentikan - gambar Rafisqi Radhi

Dalam pada itu Mahfuz berkata, tindakan sedemikian sebenarnya amat berbahaya kerana dikhuatiri akan diterima secara membuta-tuli oleh penyokong yang taksub kepada pemimpin berkenaan. 

"Apabila ditanamkan politik kebencian kerana perbezaan ideologi politik, tidak mustahil pengikut-pengikut mereka menerima secara membuta tuli tanpa ada penghuraian dan tafsiran tepat. Akhirnya penyokong itu pun membuat tafsiran sendiri mengikut emosi. 

"Sudahnya berlakulah situasi sampai nak bersalam pun tak mahu seperti dalam satu video yang tular baru-baru ini. Tak bolehlah kerana berbeza parti, kita membawa kepada politik kebencian hingga hilang silaturahim," katanya. - Getaran, 5 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah