web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Perkembangan Positif Untuk Kerajaan Perpaduan - PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 8:16AM

anwarcalon - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada siri kempen baru-baru ini. gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram disifatkan sebagai satu perkembangan positif untuk Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran ringkas di Facebook berkata, pencapaian penuh bermakna itu berupaya memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan.

“Tahniah saya ucapkan kepada saudara Suhaizan Kayat dan (Ir) Nazri Abdul Rahman yang memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

“Penghargaan saya buat semua pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara,” katanya.

Turut berkongsi ucapan kemenangan adalah Timbalan Presiden Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Terima kasih jentera dan pengundi P. 161 Pulai dan N.13 Simpang Jeram.

“Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pengundi.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kerana memilih Perpaduan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini adalah masa untuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri membuktikan bahawa mereka mampu memberi khidmat terbaik buat rakyat.

Menurut beliau, semua proses tersebut akan digerakkan menerusi kerjasama padu serta muafakat jitu antara Barisan Nasional (BN) dan PH.

“Kita harus buktikan mampu memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan membawa negara serta negeri Johor ke arah kecemerlangan hingga mampu mensejahterakan kehidupan rakyat,” katanya.

Jelas Asyraf, kemenangan berkenaan membuktikan bahawa Bangsa Johor memiliki jati diri, cara dan keistimewaan tersendiri dalam mempertahankan prinsip kesederhanaan, progresif dan inklusif.

“Semua itu berasaskan sifat keindukkan Islam dan Melayu dalam realiti kemajmukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini.

“Syabas, terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Seri (Mohamed) Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kerja keras menggerakkan seluruh jentera BN Bahagian di negeri Johor yang berkampung di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk kedua-dua Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram selama lebih dua minggu,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, PH-BN Johor telah berjaya melalui ujian ketiga ini atas landasan perpaduan.

Menurut beliau, apa yang dicanang dan dilaksanakan di peringkat kerajaan pusat bukan sekadar retorik tetapi kesungguhan dalam mengenepikan perbezaan politik, demi sebuah kerajaan yang stabil untuk membawa kemakmuran.

“Keyakinan pengundi terhadap dua wakil rakyat ini perlu diterjemahkan oleh kerajaan dengan melipat gandakan segala usaha untuk menangani apa jua isu komuniti, ekonomi dan kehidupan yang didepani rakyat.

“Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan BN Johor diterajui oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi yang tidak lekang berusaha memperjuangkan kestabilan kerajaan melalui kempen berterusan selain menggerakkan jentera BN bagi membantu kedua-dua calon ini,” katanya.

BN Johor menerusi kemenangan ini jelas Azalina, telah berjaya menterjemahkan aspirasi perpaduan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan Madani. - Getaran, 10 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah