web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ganggu PM Bentang Penggulungan, Radzi 'Koyak' Dihalau Speaker

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 9:31PM

Dr Radzi Jidin ketika berteriak ke arah Perdana Menteri - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas cuba berlagak ‘tough’, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin akhirnya ‘koyak’ juga selepas beliau diarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul hari ini. 

Kekecohan bermula apabila Radzi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik semula kenyataan yang didakwa mengandungi sangkaan jahat. 

Katanya, jawapan balas Perdana Menteri berhubung kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengandungi sangkaan jahat. 

Menggunakan Aturan Mesyuarat 36(6), Radzi yang juga mantan Menteri Pendidikan bingkas berteriak dan mendesak Anwar menarik semula kenyataan berkenaan. 

Naib Presiden BERSATU itu turut mendesak Johari menggunakan kuasa untuk mengarahkan Perdana Menteri berbuat demikian. 

Tegas Radzi, jawapan diberikan Anwar mencalar maruahnya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya. 

“(Peraturan) 36(6), tak ada kaitan dengan saya! Tuan Speaker! Tarik balik Perdana Menteri!” teriaknya.  

Enggan ‘melayan’ desakan berterusan oleh Radzi dan barisan Ahli Parlimen pembangkang yang mula menghangatkan suasanal, Johari mengarahkan Radzi supaya duduk bagi membolehkan Perdana Menteri menyambung penggulungan. 

Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, Johari dilihat cuba mententeramkan keadaan tetapi tidak diendahkan Radzi, yang terus menerus berteriak. 

Situasi bertambah hangat apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari turut bangun dan dengan lantang meminta Radzi untuk duduk. 

Berang dengan kedegilan Radzi, Johari akhirnya mengarahkan Radzi supaya meninggalkan dewan. 

Keputusan berkenaan nyata tidak disenangi barisan Ahli Pembangkang diketuai Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN – Larut), apabila sejumlah besar daripada mereka turut bertindak meninggalkan sidang terbabit. - Getaran, 19 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lelaki Ditahan Lempar, Koyak Al-Quran

2

Semasa 11 bulan yang lalu

'Sanusi, Panaih Takpa, Jangan Koyak' - Netizen

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan 3 Pemimpin PN Tak Hadir Soal Jawab PM Tidak Berasas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan