web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Qazaf Dosa Besar Dalam Islam, Radzi Perlu Bertaubat - Khairuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2023 8:42AM

Tangkap layar imej Datuk Dr Mohd Radzi Jidin ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Isnin lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin perlu bertaubat, selepas menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan dilemparkan Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, disifatkan sebagai qazaf, kerana menuduh seorang muslim melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi.

Menurut beliau, qazaf jelas termasuk dalam kategori jenayah Hudud.

“Saya mendengar pencelahan di parlimen oleh YB (Yang Berhormat) Putrajaya yang menyebut dia yakin bahawa YAB (Yang Amat Berhormat) PM (Perdana Menteri) peliwat.

“Ini adalah tuduhan qazaf l yang jelas termasuk dalam kategori jenayah Hudud dalam Islam iaitu menuduh seseorang muslim melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi mata,” katanya.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan tuduhan dilemparkan Radzi sebagai qazaf. - gambar fail
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan tuduhan dilemparkan Radzi sebagai qazaf. - gambar fail

Jelas Khairuddin, jenayah qazaf adalah antara perkara yang disenaraikan sebagai dosa besar dalam Islam.

“Ia menjadi salah satu kesalahan jenayah Syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia,” katanya.

Tegas Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, beliau hairan bagaimana qazaf boleh dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran.

“Dalam Parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan Hudud dalam negara.

“YB Putrajaya kena segera bertaubat kepada Allah kerana melakukan jenayah besar dalam Islam ini,” katanya.

Selasa lalu, Radzi ‘koyak’ selepas bertikam lidah dengan Anwar, ketika beliau yang juga Menteri Kewangan sedang menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Pertikaian tersebut menyaksikan mantan Menteri Pendidikan itu menuduh Perdana Menteri sebagai peliwat, apabila berang kerana didakwa terbabit mengamalkan rasuah ketika berada di Putrajaya.

Kekecohan berkenaan berakhir apabila Radzi diarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul. - Getaran, 22 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini