web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolak Propagandis, Pastikan Masa Depan Negara Tidak Musnah - Aktivis

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 6:00PM

Konsep memandirkan rakyat oleh Propagandis perlu dibanteras kerana ia menjajah minda dan memupuk sentimen kebencian - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakyah dimainkan golongan propagandis perlu ditolak, demi memastikan masa depan negara tidak musnah, dan terus terjamin.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, konsep memandirkan rakyat perlu dibanteras kerana ia menjajah minda dan memupuk sentimen kebencian.

Menurut beliau, latar politik hanya boleh diubah sekiranya struktur masyarakat turut bertukar dan ia perlu bermula dari dalam sendiri.

“Propagandis ini kerja mereka itu saja. Naikkan sentimen dan dakyah, bukan membina minda.

“Satu benda tuan puan kena tahu, dalam dunia politik ada Propagandis. Kerja mereka sepenuh masa sebarkan propaganda dan dakyah politik parti. Gaji ribu riban sebulan. Makan duit dari telapak tangan orang politik,” katanya menerusi bebenang di X.

Jelas bekas peguam itu, beliau kerap kali bertemu golongan sedemikian sepanjang lima tahun berkecimpung sebagai penulis.

Modus operandi Propagandis katanya, cukup mudah kerana mereka tidak perlu menyebarkan fakta, sebaliknya hanya perlu memupuk politik kebencian, mengadu domba dan membuat fitnah secara berterusan.

“Saya kenal seorang profesor yang bagi kelas kepada Propagandis. Sekarang dah bertaubat. Dia kata dulu zaman 80an - 90an, banyak kelas dibuat untuk Propagandis.

“Mereka diajar macam mana nak corak pemikiran pengundi. Bukan dengan kata-kata hikmah tapi kata-kata keji. Buat politik benci. Dengan budaya takfiri. Contoh: Kita bercakap tentang isu dengan fakta. Depa terus label liberal, sekular, murtad. Kalau nak kalah hujah, terus guna bahasa keji - betina, s****l, barua,” katanya.

Liyana Marzuki - gambar liyanamarzuki.com
Liyana Marzuki - gambar liyanamarzuki.com

Mengulas lanjut Liyana berkata, perbuatan seumpama itu adalah latihan yang diterima dan diajar dalam setiap kelas propaganda.

“Cara-cara nak naikkan emosi, agar galakkan pajakan otak pada pemimpin atau parti. Mereka ini juga hati kental. Bab memaki dan menghina, mereka professional. Budaya kerja mereka. Mereka kena hina pun takpe, janji mereka teruskan dakyah kebencian. Laga-lagakan masyarakat.

“Bila terjumpa orang macam ni, kita kena ingat. They go low, we go high. Takyah layan maki dia, we stick to the facts. Kalau setakat fake account baik bolayan,” katanya.

Tegas beliau, Propagandis lazimnya sering mengaku sebagai pejuang Melayu, walaupun hakikatnya mereka dari bangsa lain.

“Ada yang mengaku pejuang Melayu, walhal atas Surat Beranak takde tulis Melayu. Melayu tertipu.

“Ada yang polis dibuang kerja sebab isu rasuah. Ada yang through and through kerja nya fitnah dan adu domba dan mengaku terima berjuta,” katanya.  - Getaran, 2 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemangku Raja Pahang Mohon Maaf Kepada Aktivis Didakwa Memfitnah Baginda

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Terima Ugutan Gara-Gara Kritik Filem, Zhaf Santai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang