web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemangku Raja Pahang Mohon Maaf Kepada Aktivis Didakwa Memfitnah Baginda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 11:41AM

Gambar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon maaf kepada Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) negeri berkenaan yang dipanggil polis semalam kerana didakwa menghina baginda menerusi ciapan Twitter.

Menerusi Instagram Stories hari ini, baginda yang menyampaikan pesanan peribadi kepada individu terbabit, Noor Jehan Abu Bakar bertitah, kelewatan baginda mencemar duli ke sebuah acara adalah atas faktor cuaca kerana baru pulih daripada demam panas.

Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Saya memohon maaf setulusnya kerana lewat menghadiri majlis tersebut. Saya tidak sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk keselamatan semua orang.

“Saya sangat menghargai masa dan keprihatinan anda, terima kasih,” titahnya menerusi ciapan itu.

Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Berkongsi catatan laporan The Vibes mengenai kes Noor Jehan, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah baginda baru mengetahui perkara itu dan sudah menitahkan supaya polis ‘tidak mengambil tindakan ke atas wanita terbabit’.

“Tolong jangan cipta drama,” titahnya.

Menerusi hantarannya, Noor Jehan mendakwa Tengku Hassanal dan beberapa pegawai tinggi lain hadir lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, iaitu acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu pada 18 Julai lalu.

Selepas disoal siasat polis semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu memberitahu The Vibes bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan 500(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan berunsur fitnah serta Seksyen 233 Multimedia dan Akta Komunikasi 1998.

Pertuduhan pertama membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala tuduhan kedua membabitkan penyalahgunaan rangkaian komunikasi membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000.

Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Gambar tangkap layar ihsan Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Semalam, Noor Jehan berkata, beliau tidak berniat untuk memfitnah sesiapa, sebaliknya melepaskan kekecewaan kerana terpaksa menunggu selama dua jam untuk program itu dimulakan, selain keliru mengapa dirinya disiasat kerana hanya berkongsi pengalamannya bersama pengikut Twitter.

Sebelum ini, pihak berkuasa Pahang pernah bertindak ‘melampau’ terhadap pemimpin daripada badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, termasuk membabitkan mantan Presiden Khazanah Alam Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, 60, yang menerima surat peguam kerajaan negeri untuk membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta selepas dia bercakap mengenai penebangan hutan serta pembalakan di negeri ini.

Notis itu mendakwa bahawa kenyataannya memburukkan reputasi kerajaan negeri dan berdepan tuduhan daripada orang ramai sebagai ‘kerajaan tidak bertanggungjawab, menipu dan tidak berintegriti. – Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Politik 9 bulan yang lalu

Tolak Propagandis, Pastikan Masa Depan Negara Tidak Musnah - Aktivis

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Ambil Rasuah, Sentiasa Jaga Integriti - Tengku Hassanal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah