web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 7:00AM

Tindakan menyambung bekalan air ke kawasan perumahan itu ketika kegunaannya tidak mencukupi untuk sebuah fasiliti kesihatan, sememangnya mencetuskan tanda tanya. - Gambar daripada Facebook Muhammad Sha'ani Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaimana sebuah premis kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai tidak dapat beroperasi susulan ketiadaan air, tetapi kawasan perumahan mewah berhampiran ‘bergembira’ apabila tetap menikmati bekalan itu?

Ia persoalan dikemukakan seorang aktivis, Muhammad Sha’ani Abdullah yang membangkitkan masalah didakwanya berlaku di sebuah klinik pergigian di Mentakab, Pahang apabila tidak dapat menawarkan perkhidmatan susulan tiada sumber asas itu.

Menurutnya, keadaan tersebut didakwa bermula sejak bekalan air disambung ke kawasan perumahan mewah baharu.

Dalam hantaran dimuat naik menerusi Facebook semalam, dia turut mengajukan persoalan keadaan Pengurusan Air Pahang Berhad berhubung situasi itu.

Katanya, tindakan menyambung bekalan air ke kawasan perumahan itu ketika kegunaannya tidak mencukupi untuk sebuah fasiliti kesihatan, sememangnya mencetuskan tanda tanya.

“Mengapa pihak Pengurusan Air Pahang Berhad menyambung bekalan air kepada pengguna baru.

“Ia tatkala bekalan air tidak mencukupi untuk pengguna sedia ada?” soalnya.

Mengulas isu terbabit, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dato Seri Dr Jacob George berpendapat, isu kepenggunaan itu seharusnya perlu diusulkan terus kepada pihak berwajib bagi membolehkan siasatan dilakukan, berbanding membangkitkan perkara berkenaan di media sosial semata-mata.

Katanya, sebagai seorang pengguna atau aktivis, terdapat protokol tertentu yang perlu diikuti dalam mengetengah isu kepenggunaan, termasuk bersemuka dan menulis surat formal kepada pihak berkaitan.

“Bila keluar di media sosial seperti Facebook contohnya, ia akan menjadi isu dan dikongsikan, sebelum pihak berkuasa boleh bertindak atau memberi maklum balas, seterusnya tidak ‘menceritakan’ perkara sebenar atau punca tepat.

“Ini sudah tentu tidak memuaskan dan tiada keadilan. Walaupun saya juga sering membangkitkan isu membabitkan kepenggunaan serta dasar kerajaan sepanjang lebih 47 tahun, kita ada protokol,” katanya.

Jacob berkata, sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas, barulah pihaknya mengambil tindakan lain, termasuk membuat sidang media bagi membangkitkan isu untuk menjelaskan perkara itu.

“Lebih baik saluran lebih diplomatik digunakan untuk menyelesaikan masalah berbangkit pada zaman sekarang,” katanya.

Walaupun Jacob mengakui isu diluahkan Muhammad Sha’ani itu membabitkan kepentingan umum, ia tetap perlu mengikut protokol rasmi.

“Ya betul  (isu tersebut melibatkan kepentingan umum), tetapi seperti saya kata, protokol pertama (adalah) jika betul-betul ada isu, ia perlu dibawa kepada golongan tertentu (pihak berwajib),” katanya.

“Itu falsafah saya sebagai tokoh pengguna lebih dari 47 tahun, itu cara saya,” ujarnya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

Tolak Propagandis, Pastikan Masa Depan Negara Tidak Musnah - Aktivis

2

Politik 1 tahun yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemangku Raja Pahang Mohon Maaf Kepada Aktivis Didakwa Memfitnah Baginda

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Terima Ugutan Gara-Gara Kritik Filem, Zhaf Santai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki