web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selesai Konflik Negara, Agong Dimohon Perkenan Tubuh MPN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 5:54PM

Dr Mahathir pernah mencadangkan penubuhan MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ada 10 Jun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memohon Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memperkenankan penubuhan Majlis Pemulihan Negara sebagai penyelesaian kepada beberapa isu yang timbul kebelakangan ini. 

Kenyataan dikeluarkan parti itu menyebut, majlis berkenaan yang dianggotai kumpulan pakar dalam bidang relevan mesti ditubuhkan segera untuk kembali meletakkan Malaysia di landasan yang betul. 

Katanya, Majlis Pemulihan Negara perlu dipimpin oleh individu yang tidak mempunyai agenda politik serta ikhlas mahu menyelesaikan masalah negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

"Ketika rakyat bergelut untuk hidup, pemimpin atasan sibuk melantik Timbalan Perdana Menteri, umum Menteri Kanan baharu, umum tarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), berusaha mengambil alih kerajaan melalui undian Parlimen, mencadangkan penubuhan kerajan minoriti serta mencalonkan nama pemimpin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu. 

"Apakah mereka bersifat kayangan hingga lupa apa yang berlaku di bawah? Bagaimana tindakan politik ini boleh menyelesaikan masalah rakyat yang semakin menimbun dan apakah lantikan-lantikan ini dapat menyelesaikan isu yang mencengkam rakyat? 

"PEJUANG tidak yakin masalah rakyat, krisis kesihatan dan ekonomi boleh diselesaikan secara politik. Majlis Pemulihan Negara adalah jawapannya untuk memastikan keadaan rakyat tidak lebih mudarat daripada apa yang berlaku sekarang," katanya di sini hari ini. 

Dr Mahathir sebelum ini pernah mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ada 10 Jun lalu. 

Menurut Pengerusi Penaja PEJUANG itu, cadangan tersebut dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik COVID-19.

Menurutnya keyakinan itu bersandarkan kejayaan penubuhan MAGERAN pada 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menyelesaikan masalah politik sekali gus membantu negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Dr Mahathir memberitahu, Al-Sultan Abdullah memaklumkan kepadanya yang MAGERAN hanya boleh ditubuhkan jika cadangan itu diusulkan daripada kerajaan. 

Mantan Perdana Menteri sebanyak dua kali itu bagaimanapun mendakwa, beliau tidak yakin kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menubuhkan MAGERAN kerana sejak dari awal, kerajaan sering mengatakan bahawa semua perkara sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan pandemik berada dalam keadaan baik. - Getaran 8 Julai 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang